Ini pesanan untuk diri aku dan semua yang membaca....
Hampir setiap hari, setiap detik, bila kita on wi-fi atau mobile
data kat smartphone atau apa2 gajet yang seangkatan, ada saje notification
untuk update software, application atau games yang ada dalam tu… Itu
menunjukkan walau sehebat manapun teknologi dan kecanggihan yang dihasilkan, ia
masih memerlukan pengemaskinian hampir setiap waktu agar ia menjadi sempurna
atau sekurang-kurangnya kelihatan sempurna di mata kita… Dan kita sebagai
pengguna setianya, tanpa berfikir panjang akan terus mengupdatenya…
Namun sedarkah
kita, 'perisian' iman kebanyakan daripada kita sebagai seorang muslim hanya
diinstall ketika kita berusia 7, 8 atau 9 tahun. Itupun sebab di usia tersebut kita
dah mula dihantar ke sekolah agama.. Tak kisahlah sekolah agama rakyat atau
negeri… yang pasti itulah waktunya kita diisi dengan kefahaman tentang rukun
islam, rukun iman, fardu ain dalam subjek Tauhid, Ibadat, Fekah, al Quran,
Bahasa arab, Tajwid dan sebagainya...Dalam satu ceramah, ustaz cuba bertanya pada semua jemaah, Bila kali terakhir kita semak bacaan solat? Minggu lepas? Sebulan lepas? Setahun lepas? 10 tahun lepas? Semua terkebil-kebil nak jawab… termasuk akulah tu… Ustaz kata kita kena apdate dan sentiasa perbetulkan bacaan –bacaan dalam solat tu… Tambah Ustaz lagi, kalau dia mintak setiap sorang bacakan bacaan ketika tahiyat, confirm ramai yang baca tak betul dan tonggang langgan baris dan bunyinya…
2 minggu lepas aku ada
join kursus wudhu dan solat
bersama Ustaz Don… Ustaz Don kata kalau nak belajar pasal wudhu dan solat,
sehari, seminggu, pun tak cukup… jadi kami belajar bab-bab penting dalam rukun
je… mana yang sempat dalam 4 jam yang diperuntukkan masa tu… Yang pasti kalau wudhu tak sempurna,
memang sia-sialah solat kita tu… Sekarang ni kalau kita ke surau atau masjid,
cuba tengok orang berwudhu, ada yang setakat hulur-hulur tangan dan kaki macam
tu je… Bukan nak tengok, betul ke air tu sampai ke siku, betul ke dah sampai
sampai ke buku lali…
Ini baru yang basic…
belum yang berat2… jadi bermula hari ini, sentiasalah update semua tu… Bermula
dengan wudhu kita, solat kita, bacaan Al Quran kita dan mana-mana yang dirasakan perlu diupdate… bukan
smartphone kita je….
Satu lagi ingatan dari Ustaz yang aku ingat, UMAT ISLAM yang paling rugi ialah yang hayatnya sempat bertemu dengan zaman digital sekarang ni… Sebab tak pandai nak manfaatkan teknologi dan gajet2 yang ada untuk perkara yang baik… Kalau dulu nak belajar agama, nak baca Al Quran, kena masuk kelas, pergi kursus, pergi surau, masuk masjid, tapi sekarang ni, semuanya di hujung jari… Itu pun masih ramai tak sedar atau saje buat tak sedar....
Satu lagi ingatan dari Ustaz yang aku ingat, UMAT ISLAM yang paling rugi ialah yang hayatnya sempat bertemu dengan zaman digital sekarang ni… Sebab tak pandai nak manfaatkan teknologi dan gajet2 yang ada untuk perkara yang baik… Kalau dulu nak belajar agama, nak baca Al Quran, kena masuk kelas, pergi kursus, pergi surau, masuk masjid, tapi sekarang ni, semuanya di hujung jari… Itu pun masih ramai tak sedar atau saje buat tak sedar....
Jadi… sekarang ni, bolehlah UPDATE
apa yang kita dah install masa baru masuk sekolah agama dulu....