Selain berkelah, sempat juga kami luangkan masa 'melawat' Xue Bang Nursery kat Sepang... Biasalah, menyelam sambil minum air, asal tak lemas sudahlah... lama jugak kami tak singgah sini, sejak koleksi pokok hiasan kat laman tu dah sampai tahap tepu... Kalau ikutkan, aku memang dah plan nak rombak sikit taman mini kami kat rumah tu... sekurang-kurangnya 30% koleski pokok-pokok akan dikurangkan... tapi apa yang terjadi sebaliknya, belum sempat nak dirombak, teringin pulak nak tambah koleksi lain... hati dah terpaut, apa nak buat....
Isnin, 28 Februari 2011
Koleksi Baru Plumeria...
Selain berkelah, sempat juga kami luangkan masa 'melawat' Xue Bang Nursery kat Sepang... Biasalah, menyelam sambil minum air, asal tak lemas sudahlah... lama jugak kami tak singgah sini, sejak koleksi pokok hiasan kat laman tu dah sampai tahap tepu... Kalau ikutkan, aku memang dah plan nak rombak sikit taman mini kami kat rumah tu... sekurang-kurangnya 30% koleski pokok-pokok akan dikurangkan... tapi apa yang terjadi sebaliknya, belum sempat nak dirombak, teringin pulak nak tambah koleksi lain... hati dah terpaut, apa nak buat....
Jom Berkelah...
Bukan main seronok Zair dapat berbaring sambil dibelai bayu laut Pantai Bagan Lalang ni.... Mana taknye, tengoklah tu, Dalam ramai-ramai pengunjung yang ada kat pantai ni, dia sorang je ada tempat baring special macam tu...
Isnin, 21 Februari 2011
KLCC di Nilai 3...
"baba ni, tak penat ke asyik nak tangkap gambar kita je...?" -Zair Iman
Selasa, 15 Februari 2011
Karnival WOW! Putrajaya...
Nampaknya kami cuma dapat bawak diorang tengok-tengok gerai jualan & pameran jelah... & hasilnya seperti seperti dijangka... dapatlah Jihan & Hafiy mainan pistol buih sabun.... gembira sakan diorang....
-
Pecah & Tampal...
Inilah satu-satunya 'kerja rumah' yang aku rasa paling jimat... Tapi, walaupun kos tak lebih RM3, & nampak (macam) senang, kerja tampal-menampal ni sangat memerlukan kesabaran & ketelitian... :) Disebabkan proses menyiapkannya melibatkan penggunaan bancuhan simen & di kawasan terbuka, dah tentu cuaca yang sesuai ialah diluar waktu hujan... Masa diperuntukkan pula bergantung kepada luas permukaan yang nak kita tampalkan tu selain kemahiran & kelajuan cara kita bekerja... Aku sendiri terpaksa habiskan dua hari untuk siapkan dinding tepi dek kolam ikan ni... Iyelah, sehari untuk kerja-kerja menampal, sehari lagi buat finishing bagi lagi kemas dan licin...
Bahan mentah & peralatan pun tak susah. Bahan utama aku gunakan lebihan potongan & pecahan tiles yang memang confirm akan dibuang... Bahan penting lain dah tentu simen. Tak kisahlah simen gam atau biasa, aku guna je mana yang ada masa tu, takdelah nak membeli-beli lagi kat hardware... nak jimatlah katakan... Untuk peralatan lagi senang, hammer je... yang ni untuk kerja-kerja memecahkan & menghancurkan lagi sisa tiles tadi yang mungkin perlu dikecilkan mengikut saiz pilihan kita... satu lagi kalau dapat, sebaik-baiknya gunalah sarung tangan yang sesuai. Untuk kerja-kerja yang melibatkan simen ni, kenalah berhati-hati, utamakan keselamatan & kesihatan.. elakkan menghidu habuk simen yang mungkin berterbangan. Elakkan juga sentuhan secara langsung kulit tangan dengan simen atau bancuhannya... kulit boleh mengelupas... Berhati-hati jugak dengan serpihan tiles yang kita pecahkan tu, kerana setiap sisi & bucunya sangat tajam...
Proses penyediaan, sangat mudah... lepas kita pecah & bentukkan serpihan tiles tadi, sapukan sedikit bancuhan simen dibelakangnya, kemudian lekatkan ke bahagian dinding tu... & ketuk sikit dengan hammer supaya ia melekat betul... & begitulah seteruya... Untuk mendapatkan rekaan susunatur serpihan tiles yang menarik, susunlah ikut suka hati kita... Takde sesiapa yang boleh menghalangnya kecuali hujan... ok.. Lepas siap disusun semua permukaan, buat satu lagi bancuhan simen yang sedikit cair untuk dimasukkan di setiap ruang celahan yang ada supaya permukaan tampalan tadi menjadi rata & mudah untuk dilicinkan nanti...
Untuk finishing, lakukan selepas simen telah kering... gunakan grinder untuk melenyapkan segala bentuk ketajaman yang ada yang mungkinboleh menyebabkan luka atau kecederaan yang tidak kita jangka... memanglah takkan ada sape yang akan menyapukan tangannya meleret ke permukaan tampalan tu, tapi eloklah kita mencegah sebelum ianya berlaku...
Ok, semudah itu... macam senang.. Tapi kena 'telaten'...
Hari Pertama Ke Sekolah Tadika...
Sebenarnya bukan kami sengaja nak masukkan mereka lewat ke tadika, tapi atas beberapa faktor yang tak dapat dielakkan, kami terpaksa juga buat macam tu.... Paginya, kami hantar anak-anak berdua ni bersama-sama... masa nak ditinggalkan, seperti yang dijangkalah, Nur Jihan nampak ok, tenang & bersemangat nak belajar... Hafiy pulak nampak sayu, sebak macam nak nangis... Tapi alhamdulillah... petangnya masa aku jemput balik, segalanya kembali normal... bersemangat & nampak diorang seronok duduk sekolah tu... maklumlah dah dapat kenal kekawan baru & jumpa pulak dua tiga orang kawan lama.... Hafiy pulak yang nampak lebih teruja bercerita pasal kawan-kawan...
Isnin, 14 Februari 2011
Zair Iman 2 bulan...
Isnin, 7 Februari 2011
Peti Surat 29...
Ini salah satu projek DIY aku yang paling mudah & ringkas... Peruntukan masa yang diperlukan lebih kurang 4 jam... sesuai dilakukan pada bila-bila masa tanpa mengira waktu, siang atau malam... maknanya hujan, ribut, panas terik atau pagi-pagi buta sekalipun tak ada masalah untuk menyiapkannya... modal pun tak banyak mana, bergantung kepada jenis kayu yang kita guna... Aku guna kayu biasa je, kayu lebih-lebih projek lama... selain tu skru, cat dan kertas pasir...
Tiga belas bulan lepas, aku buat projek naik taraf tembok batu ni... masa tu proses yang paling mencabar ialah memotong batu mengikut bentuk ukuran penutup peti surat ni. Mencabar sebab bukan senang nak potong batu-batu hiasan dinding ni dalam ukuran yang kecil & nipis... nasib baik ok... nak naikkan seri lagi, aku buatkan frame mengelilingi pintu tempat sampah bawah peti surat tu supaya nampak lebih kemas sikit...