Klik je...!!!

Rabu, 28 April 2010

Jatuh Cinta Lagi...


Setelah lima hari isteri aku berkursus, kami mengambil cuti pada hari selasa... Isteri aku teringin sangat makan tauhu bakar di satu tempat di Shah Alam... Maklumlah, 'awal-awal tempoh berisi ni', kalau boleh, segala keinginan & seleranya akan aku penuhi... sempatlah jugak belanja barang dapur & keperluan... Selesai berbelanja, aku membawa isteri & anak-anak ke Jalan Sungai Buloh... Apa lagi urusan kami di sana selain meninjau nursery yang ada... Aku tak fikir lama untuk menentukan target kami petang tu... Setelah jatuh cinta dengan Melati Air Bangkok yang semakin sihat di laman, memang ada terdetik niat untuk pasang satu lagi... & mungkin dua... Ada dua tiga tempat yang kami tahu, ada menjual pokok tu, jadi senang untuk kami tentukan nursery mana untuk berhenti..
-
Perhentian pertama... 2.30 petang. Aku turun sorang je sebab anak-anak baru nak tertidur.. keletihan agaknya. Ada jual, tapi bukan spesis yang aku nak.. masuk balik kereta terus pandu ke depan...
-

Perhentian kedua... 2.45 petang... Aku turun sorang. Anak-anak dah terjaga tapi taknak turun sebab cuaca panas... ada jual tapi masih bukan spesis yang aku nak jugak... Harga pun boleh tahan RM30... Kalau harga tu untuk harga spesis Bangkok, mungkin aku dah 'sambar'... Tak lama lepas tu isteri aku turun, berminat dengan bunga kertas yang dipamer kat depan katanya... tak dapat Melati Air, bunga Kertas yang aku beli... masuk kereta terus lagi ke depan...
-


Perhentian ketiga... 3.00 petang... Aku turun bersama isteri... Wow...!!! banyak giler pokok ni. Yang veteran, dewasa, belia & remaja (kategori peringkat usia & saiz yang aku kelaskan sendiri) semua ada... harga bermula dari RM20... tapi jangan terkejut, pokok yang aku letakkan dalam kategori veteran kat situ harganya RM250... memang cantik, cukup matang untuk dijadikan hiasan rumah yang ada laman luas atau banglo-banglo mewah... untuk aku, yang saiz 'remaja' tu pun dah cukup... aku memang nak bela & besarkan sendiri... Saiznya memang berbeza dengan kali pertama & kedua aku tengok dulu, kecil & macam tak berapa sihat... mungkin baru disemai... Ada yang 'dewasa' sikit harganya RM180... kurang sikit daripada tu RM100... pehhhhh!!!... tak sanggup...
-

Semuanya nampak sihat dan subur. Banyak, sampai susahlah nak pilih. Ada yang berdaun cantik tapi belum berbunga. Yang berbunga, daunnya kurang cantik.. Ada juga yang berbunga & daunnya pun cantik tapi tak segemuk yang lain... lama jugaklah memilih sampai isteri aku terpaksa masuk campur & bagi pendapatnya... sampai satu tahap, dia pun tak tau nak pilih... walaupun aku dah ada spesis ni kat rumah, hati aku tetap berkata-kata untuk menambah lagi koleksi ni. Akhirnya aku terpikat dengan dua pokok ni.... Kalau hati dah terpaut, lidah kelu untuk berkata.... bajet sudah tersedia dalam poket... & harga pun masih boleh dirunding, apalagi.. aku belilah kedua-duanya..... Selain dari pokok, tempat ni banyak juga menjual koleksi pasu-pasu & tempayan yang menarik...
-


Inilah dua pokok yang berjaya menambat perhatian aku... tak sempat lagi nak tukarkan pasu... banyak pasu lama kat belakang rumah tu, mungkin sehari dua ni aku biarkan dulu dalam pasu semaian asal sementara nak dapatkan tanah bukit & biarkan pokok-pokok ni menyesuaikan diri dengan persekitaran baru...

Isnin, 26 April 2010

Kisah Aku & Anak-Anak...


Hujung minggu kali ni, aku & anak-anak menghabiskan masa bertiga sahaja. Sebenarnya semenjak khamis lepas, isteri aku berkursus di luar kawasan hingga isnin... Satu perkara yang aku perasan, tiap kali isteri aku berkursus atau bekerja di luar kawasan, anak-anak sering mengajak aku ke tempat yang kami berempat biasa kunjungi. Selain tu juga minta dibelikan barangan atau jajan yang biasa dibeli oleh ibu mereka seperti kek, buku, pensil warna, mainan & sebagainya... takdelah aku beli semua...

-

Salah satu daripada lokasi tu ialah kawasan riadah/padang permainan berhampiran PICC, Putrajaya. Mungkin itulah cara mereka melepaskan kerinduan kepada ibunya sebab tempat tu ada meninggalkan nostalgia kepada diorang berdua... termasuk aku...

-

Seronok tengok diorang aktif bermain. Sempatlah berposing depan kamera & macam -macam gaya ditunjukkan... Tapi, dalam banyak-banyak gaya, gambar kat bawah ni adalah gaya terbaik yang berjaya aku rakamkan... -Anak lelaki aku dengan gaya Ben10 & yang perempuan dengan gaya princessnya..... saje aku kontraskan imej ni supaya lebih jelas sillhouette yang terhasil...
-

Orkid Mini...


Inilah Orkid Mini yang sama yang aku beli di Floria (Festival Flora) Putrajaya Ogos tahun lepas. Kenapa orkid ni dinamakan Orkid Mini pun aku tak pasti. Cuma kalau nak diberi jawapan yang agak-agak boleh diterima ialah saiznya yang memang kecil. Tinggi pokok ni masa dibeli lebih kurang panjang jari kelingking. Tangkai bunga yang buatkan ianya nampak tinggi sikit... Senang hidup & rajin berbunga. kalau nak kira semenjak dibeli, ini kali keempat ia berbunga...
-


Penjagaan memang senang. Macam tak jaga pun iye, sebab aku letak je kat tepi tingkap depan rumah. Yang penting cukup air & cahaya... baja pun tak pernah sebab saiznya yang terlalu kecil, takut terlebih baja, panas & terus mati pulak... Jangka hayat pokok ni tak tentu, kekadang tak lama lepas habis bunga, pokok ni akan kering & lenyap dengan sendiri tanpa disedari sebab dalam masa yang sama anak pokok baru akan tumbuh... Sepokok yang kecil tu jugak boleh mengeluarkan sehinga dua tangkai bunga..
-

Rabu, 21 April 2010

Melati air...2


Ini cerita tentang perkembangan Pokok Bunga Melati Air Bangkok, yang kini sedang berbunga di laman rumah. Bukanlah hebat sangat pun, cuma ianya koleksi kesayangan aku. Semenjak beberapa bulan menghuni di laman rumah ni, inilah kali pertama ia berbunga semasa dalam jagaan & aku dapat melihat sendiri proses berbunganya dari peringkat awal. Yang menariknya tentang pokok spesis ni ialah tangkai bunganya yang hampir menegak ke atas, berbeza dengan spesis lain yang melentur ke bawah. Selain tu, tangkai daun & bungan lebih tebal dan kuat...
-
Pokok ni aku beli di salah satu kedai di jalan Sungai Buloh, setelah membuat tiga pusingan meronda ke hampir setiap nursery yang ada menjual spesis ni. Kalau mengikut harga pasaran masa tu (hujung tahun 2009) sepasu pokok ni dijual RM40 -RM180. Tak mampu. Yang RM40 tu harga untuk anak pokok di pasu plastik hitam. Untuk yang RM180 tu, harga untuk pokok sahaja tanpa pasu diorang bagi RM90. Maknanya yang buat mahal tu ialah pasunya.. Teringat kira-kira 3 tahun lepas aku ada terjumpa spesis pokok ni di salah satu nursery di Batu Pahat, kalau tak silap harganya RM25. Nyesal tak beli... Tak sangka harganya akan meningkat berkali ganda...
-
Aku teruskan usaha mencari anak pokok yang agak-agak separuh dewasa & dijual dalam pasu semaian. Jumpalah dekat satu nursery yang lain, harganya RM80. Memang nampak sihat & subur. Bunga pun tengah berkembang, tapi harganya masih diluar kemampuan aku... & tiba-tiba di kedai yang sama jugak, aku terpandang satu pasu yang ada dua spesis melati air ni. Bila aku tanya kenapa dua pokok tu tanam dalam satu pasu, katanya pokok ni masih kecil & tidak berapa sihat. Memang pun, daunnya cuma 4 helai, ada juga setangkai bunganya yang baru nak keluar, tapi memang nampak tak berapa sihat pun. Bila aku tanya harganya RM28. Gitu gini, bodek-bodek sikit dapatlah RM20. Aku pun beli & nekad untuk cuba pulihkan kembali 'kesihatan' pokok ni... sampai rumah aku tukarkan pasu yang lebih besar sikit...
-

Dalam seminggu dua, memang bunganya berkembang, sama macam pokok Melati Air yang lain. Bezanya, pokok yang aku beli ni tangkai bunganya pendek, lebih kurang sekaki je. Untuk makluman, bunga melati air ni kembang hanya sekali & tempoh bunga bergantung kepada jumlah biji bunga yang terdapat pada tangkai. kalau panjang tangkainya cuma sekaki, biji kuntum bunganya tak banyak, maknanya tempoh kita dapat melihat ia berbunga memang singkat. Disebabkan kesihatannya jugak, habis je keluar bunga, tangkai bunga ni terus kering. Memang jelas tak sihat. Tangkai bunga Melati air apa spesis pun biasanya takkan kering selagi tak dipotong atau pokoknya mati. Biji bunga yang dah kembang biasanya lama-kelamaan akan mengeluarkan anak pokok yang boleh disemai... Disebabkan masalah ini,aku hanya mampu menjaga pokok ni dengan memastikan air yang cukup serta elakkan dari serangan kulat atau serangga...

Hampir 4 bulan dalam jagaan, takde bunga baru yang keluar. Daunnya pulak silih berganti, tapi tak tahan lama, berbintik-bintik, cepat kuning & kering dengan sendiri... selalu jugak aku spraykan racun organik supaya terhindar dari gangguan serangga perosak...
-


Sehinggalah pada Februari lepas, selepas aku baja pokok air yang aku beli di bangi, barulah pokok ni nampak sihat sikit.. daun dan batang semakin membesar. Dua minggu lepas tu mula keluarkan pucuk tangkai bunganya... alhamdulillah... Mungkin semangatnya dah kembali pulih...
-
Semenjak keluar pucuk tangkai bunga ni, setiap hari aku ikuti perkembangannya... memang berbeza dengan bunga pertama masa aku beli dulu... nampak lebih subur dan sihat...


Sekarang ni setiap hari aku akan belek pokok ni... takutlah kalau penyakit lamanya kembali menyerang. Cuma masalah yang melanda sekarang ni ialah hampir setiap petang mesti ada penunggu yang melekat di tangkai bunganya -belalang kunyit. Sedikit demi sedikit kelopak bunganya yang memang nipis tu diragutnya. kalau awal2 dulu, daunnyalah yang menjadi santapan...Takpelah, bermula awal bulan ni aku memang dah istiharkan semua belalang, burung & kucing yang menumpang makan, minum & berteduh di laman ni sebagai penghuni & penjaga laman, so.. ambillah bahagian masing-masing sebagai hanbuan... Orang kata, lagi dibenci, lagi kerap kita jumpa... jadi, buat biasa je...


Dua minggu lepas aku dah tukarkan pasu yang lebih besar supaya ia lebih selesa... & aku tugaskan sebagai penyeri wakaf...
-
Macam aku kata tadi, bukanlah hebat sangat untuk aku bercerita tentang pokok ni, cuma bila sesuatu usaha yang kita buat tu seakan berhasil, walaupun kecil, rasa puas & seronok tetap akan terbit & kekadang tu tak dapat nak sorok... samalah macam isteri aku dengan pokok bunga rosnya....

Isnin, 19 April 2010

Koleksi Kesayangan...


Dalam seminggu dua ni, aku masih berada dalam 'tempoh bertenang'... Nak kata tak produktif taklah jugak. Sekurang-kurang dapat juga aku gunakan masa yang terluang untuk menikmati sepenuhnya 'infrastruktur' laman yang tersedia setelah berpenat lelah menyiapkannya. Selain bersantai atau beristirehat di laman sendiri, aku & isteri sempat membuat riadah mata, menguji kreativiti mencari & merakam sudut terbaik untuk panorama laman kami ni... Tak sangka pulak isteri aku ni dalam diam memang berbakat...
Untuk coretan kali, aku cuba ketengahkan sebahagian hasil kreativiti seni fotografinya... Bolehlah tahan...
-
Ini koleksi bunga kertas terbaru miliknya yang dibeli tiga minggu lepas. Warna aiskrim katanya...
-
Ini spesis Akar Dani yang kami beli di Bangi lebih sebulan lepas. Semakin subur...
-
Masa kami beli, anak pokok ni tingginya lebih kurang sekaki & baru mengeluarkan kuntum-kuntum kecil di beberapa pucuknya... Sekarang tingginya lebih 3 kaki & semakin lebat berbunga. Selain warna merahnya yang menceriakan suasana, bunganya juga membekalkan keharuman yang semerbak sewaktu kami beristirehat di wakaf...
-
Antara koleksi ros di laman kami. Ros ni juga dibeli di Karnival Landskap di Bangi. Menjadi tatapannya setiap hari sebab, inilah koleksi kesayangannya...
-

Semua gambar-gambar bunga yang dipaparkan kali ni adalah koleksi bunga kesayangannya selain kockiana & kesidang... Dua pokok kesidang yang sebelum ni kami tanam untuk melilit tiang pergola telah 'selamat' dicantas sebab macam tak sesuai untuk wakaf. Yang tinggal sekarang cuma anak kesidang di dalam pasu...

Selasa, 13 April 2010

Zaman Kian Berubah...




Aku memang suka tangkap gambar. Kiranya termasuk dalam hobi jugaklah.. Awal-awal dulu kalau keluar ke mana-mana, mesti ada kenangan yang dirakam ke dalam kamera. Tapi dengan berbekalkan kamera digital aku yang biasa je, apa sangatlah hasilnya... Ada jugak aku kenal dua tiga orang member yang memang minat giler dengan seni fotografi ni. Tengok kamera pun boleh tau, harga jangan cakaplah... memang aku tak mampu...
-

Permainan budak-budak sekarang. Dulu nak dapat basikal pun susah, sekarang ni hampir setiap rumah, mesti ada basikal roda tiga di belakang. Gambar dok atas go-kart ni diambil masa cuti raya tahun lepas di Ayer Keroh Melaka... Duduk je bukan main pun..



Antara tempat makan yang pernah kami kunjungi di Putrajaya


Jadi, untuk memastikan setiap imej yang aku rakamkan dengan kamera biasa aku tu memenuhi 'piawaian', biasanya aku akan touch up dulu mana-mana imej yang kurang menarik. Yang tak berapa elok tu delete jelah.. Lepas semua dah ok, aku bukan buat apa pun, simpan je dalam CD. begitulah hampir setiap minggu... Tapi lama-kelamaan, tak sempat touch up pun, terus simpan, senang kerja... bukan aku print pun...



Sebenarnya dari situlah aku terfikir untuk wujudkan blog Inspirasi Alam ni. Selain menjadi ruang untuk aku bercerita tentang aktiviti atau sebagai 'diari online', sekurang-kurangnya dapat juga aku menatap semula sebahagian imej yang pernah aku rakamkan, sama ada imej-imej alam semulajadi, aktiviti aku ataupun kami sekeluarga... kalau dulu kita cuci gambar kat kedai & susun dalam album, bolehlah dibelek-belek bila ada masa terluang atau mungkin juga untuk tatapan tetamu yang berkunjung ke rumah, sekarang ni aku percaya, selain dari pengantin baru, tak ramai yang masih berkesempatan mencuci & menyimpan gambar dalam album... Biasanya imej terpilih akan dibiar tersimpan dalam kamera digital atau handphone je...



Tak mustahil juga dalam zaman digital ni, generasi aku akan datang perlu ada internet untuk 'membelek album' kami sekeluarga dengan melayari blog & menyusuri setiap cerita yang aku paparkan... Masalahnya, blog ini hanya memaparkan sebahagian je imej berkaitan keluarga & aktiviti kami, maknanya takdelah sumber lain untuk mereka 'mengenali' kita dengan lebih mendalam... kecuali album kahwin... Sebab itulah sebahagian perkara tertentu takkan lapuk walaupun masih berorentasikan sesuatu yang agak konvensional/klasik kerana ia mempunyai maksud & nilai sentimental tersendiri walaupun zaman kian berubah... Yang antik biasanya lebih mahal...

Isnin, 12 April 2010

Aktiviti Hujung Minggu...

Sejak hampir sebulan lepas, aktiviti hujung minggu kami sekeluarga dah berbeza sikit. Kalau dulu kami sering beriadah di luar kawasan seperti berkelah, cuci mata ke kebun-kebun bunga atau sekurang-kurangnya ke pusat-pusat membeli-belah, tapi kebelakangan ni disebabkan aku sibuk menguruskan 'projek', so penghuni lain pun kenalah jugak beristirehat di rumah je... takpe, jimat sikit...

Bagi menyerikan lagi wakaf istirehat kami yang 95% siap ni, tibalah masa yang sesuai untuk menghias & mengindahkan lagi persekitaran wakaf tu supaya nampak lebih nyaman, redup & mendamaikan... Kebetulan aku pun tengah nak merombak pokok-pokok berpasu yang ada. Dua koleksi kesayangan aku (Melati Air & Jungle bush) aku tugaskan sebagai penyeri di bahagian tangga. Sebelum tu Melati Air Bangkok ni, aku naikkan taraf sikit, tukarkan pasu yang lebih besar, sesuai dengan saiz pokok ni yang semakin gemuk & subur...
-
Inilah dua koleksi laman yang aku tugaskan sebagai penyambut tetamu :)

Untuk menambah lagi keselesaan, aku gantungkan bidai buluh yang aku beli kat Kedai sarawak di Nilai 3. Banyak fungsinya, antaranya mengurangkan sedikit biasan cahaya lampu jalan & lampu rumah jiran yang agak terlalu direct ke arah wakaf pada waktu malam. Selain tu sebagai menghormati jiran sebelah yang sering terpandang kami beristirehat/menjamu selera & nak wujudkan sedikit susana privacy... bidai buluh ni harganya agak berpatutan berbanding bidai yang aku beli tiga tahun lepas kat tempat lain...

Sempat juga aku kemaskan sikit pokok Kockiana yang sedang berjuang memanjat tiang wakaf ni... memang rajin berbunga...


Mengikut pengalaman aku, Bauhinia Kockiana ni lebih sesuai ditanam terus ke tanah. Tapi ada juga yang aku tanamkan di pasu & tetap rajin berbunga, cuma pokok tu nampak kurang sihat sikit.. nak cantik lagi kena pastikan cukup cahaya matahari...
Ini bunga Melati Air yang biasa, memang tak putus-putus berbunga... Hanya dihujung minggulah kami berpeluang melihat bunganya, kerana bunga ini berkembang hanya selepas terbit matahari hinggalah tengahari...


Jumaat, 9 April 2010

Tempoh Bertenang... Aktiviti Bebas...


Setelah hampir tiga minggu bertungkus lumus menyiapkan wakaf untuk teratak kami yang tak seberapa ni, sekaranglah masa yang sesuai untuk aku berehat seketika dari sebarang projek lain. Dalam bahasa kiasannya 'tempoh bertenang"... Dekat 3 minggu jugak aku tak sempat nak memberi perhatian yang sewajarnya kepada penghuni-penghuni yang menginap di laman rumah aku. Maksud aku ikan Koi serta pokok-pokok bunga yang selama ini diberi perhatian yang istimewa setiap hari.

Seminggu ni aku takde apa-apa aktiviti. Hari-hari biasa selalunya aku akan peruntukkan sejam atau lebih untuk membelek pokok-pokok yang ada. Selain daripada menyiram, biasanya aku akan cantas mana-mana pucuk atau daun yang patut buang. Cabut anak-anak rumput yang menyinggah di pasu-pasu. Ikat mana-mana pucuk tanaman memanjat yang perlu dibantu. Sebulan sekali aku akan menabur baja. Sebulan sekali jugak biasanya aku akan jadi tukang gunting untuk pokok-pokok yang perlu digondolkan. Itu lah rutin aku hari-hari...

-
Spesis Loropetalum Chinese yang sering menjadi mangsa guntingan aku setiap bulan. Ini rupa sebelum digondolkan. Pakar-pakar kata kalau nak lebatkan daun & rajin berbunga, kena selalu dicantas atau buang daun... Ada tekniknya tu...

Beberapa pokok kat laman tengah sibuk berbunga sekarang ni. Terutama sekali pokok Kockiana, Melati Air, Akar Dani & bunga Kertas. Kockiana ni kepunyaan isteri, aku cuma tolong jaga je (ikut ayat dia lah), memang rajin berbunga. Hampir setiap pucuk sedang berbunga. Cuma masalahnya isteri aku tak begitu gemar kalau setiap pucuk (termasuk pucuk paling atas) berbunga, sebabnya bila berbunga lambat sikitlah dia nak memanjat... aku tak kisah asalkan pokok tu sihat & selalu berbunga...
-
Spesis Bauhinia Kockiana yang setia menjadi penyeri laman kami semenjak zaman pergola hingga ke wakaf sekarang ni... Yang belah kiri tu pokok gantung. aku tak pasti apa namanya... beli masa karnival landskap kat Bangi...


Tengoklah perbezaan yang jelas spesis Melati air ni. Yang belah kanan spesis Melati Air Bangkok.

Pokok lain yang mula nak berbunga sejak minggu lepas ialah Melati air Bangkok. Ini kali pertama kami nampak ia nak mengeluarkan bunga dari awal. Memang berbeza dengan spesis Melati Air yang lain... menakjubkan.
-
Unik & menakjubkan...

Cuma masalah bagi pokok ni ialah serangan belalang pada hampir setiap daunnya. Tiap-tiap hari aku bertarung dengan belalang kunyit bersama anak-anaknya. Aku tak kisah sebenarnya kumpulan belalang tu nak tumpang dok laman, tapi bila mereka menyerang semua pokok-pokok yang ada tanpa belas kasihan, aku jadi kisah & mulalah buat serangan balas tapi dengan penuh belas kasihan. Spray je dengan campuran racun serangga organik (campuran cili, halia & bawang putih)... tapi belalang ni pun macam nyamuk jugak, sekali dua mungkin tak tahan bau & rasa racun tu, tapi lama kelamaan alah bisa tegal biasa... tak berkesan.. sabar jelah.. kira sedekah sudahlah...
-
Sempat juga aku skodeng belalang nian ak beranak belalang... Pucuk pokok mangga memang dah lama jadi santapan rutinnya...

Sejak siap binaan wakaf kat laman sekangkang kera ni, rasanya sebahagian koleksi pokok mungkin perlu dikeluarkan atau dirombak. Nak dibuang, memang sayang. Kalau tak letak di belakang rumah untuk proses pemulihan, biasanya aku sedekahkan pada member-member yang berminat dalam aktiviti menghias laman ni. Tapi kalau pokok yang tak berapa subur/elok tu biasanya aku korbankan je...

Apa agaknya aktiviti hujung minggu aku kali ni... aku pun belum fikirkan... Masih dalam 'tempoh bertenang'...

Klik je...!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...