Rasulullah pernah bersabda: “Aku adalah kota ilmu
pengetahuan, sedangkan Ali adalah pintunya.”
Oleh kerana kemasyuran ilmu yang dimiliki oleh Saidina Ali, maka ramailah yang
mahu mengujinya. Pada suatu hari, sepuluh orang ulama’ telah datang menemui
Saidina Ali, dan secara bergilir mereka mengajukan pertanyaan yang sama.
Manakah yang lebih utama, ilmu atau
harta?
10 Jawapan Saidina Ali...
1. ILMU ebih utama kerana ilmu adalah
pusaka para Nabi, sedangkan harta adalah pusaka Qarun dan Fir’aun.
2. ILMU lebih utama kerana ilmu akan menjaga kamu, sedangkan
harta, engkaulah yang harus memeliharanya.
3. ILMU lebih utama kerana harta boleh menyediakan diri kita
dikelilingi banyak musuh, sedangkan ilmu akan menjadikan engkau mempunyai banyak
sahabat.
4. ILMU lebih utama kerana harta apabila dikeluarkan semakin
berkurangan, sedangkan ilmu apabila dikeluarkan akan semakin bertambah.
5. ILMU lebih utama kerana orang yang mempunyai banyak harta
kadangkala dipanggil dengan panggilan kedekut, sedangkan orang yang banyak ilmu
selalu diberi gelaran dengan nama yang mulia dan megah.
6. ILMU lebih utama kerana orang yang punya harta akan dihisab pada
hari kiamat sedangkan orang yang punya ilmu pula diberi syafa’at pada hari kiamat.
7. ILMU lebih utama kerana ilmu membawa ketenangan dan
cahaya, sedangkan harta menjadikan mereka berasa gusar.
8. ILMU lebih utama kerana harta semakin lama akan habis, sedangkan
ilmu takkan habis walaupun tidak ditambah.
9. ILMU lebih utama kerana ilmu akan menjadikan orang yg berilmu itu
bersikap lemah lembut, sedangkan harta menjadikan mereka bersikap kasar.
10.ILMU lebih utama kerana orang yang berilmu termasuk
ubudiyyah(pengabdian) yang diberi pahala oleh Allah swt, sedang orang yang
berharta termasuk rubudiyyah(kekaburan).
Para ulama’ itu pun tercengang mendengar jawapan Saidina Ali yang
berbeza-beza itu, walaupun pertanyaan mereka adalah sama. Maka kesepuluh ulama’
tersebut akhirnya mengakui kepandaian Saidina Ali, dan mereka menjadi lebih
hormat lagi terhadap Ali berikutan ILMU yang dimiliki olehnya itu..
والله أعلمُ بالـصـواب