Klik je...!!!

Jumaat, 25 Mei 2012

Kek Untuk Jihan...


Tahun ni kami tempahkan hadiah kek yang special buat Nur Jihan... Kek yang 'menyatukan' gambarnya bersama princess.... saje je, sebab itu yang dia minat.... hehehe...


Tempah cake besar, dapat extra cup cake sekali.....  rezeki Jihan untuk beri kat kawan-kawan sekolah...

 
Semenjak umurnya mencecah 5 tahun, jihan tak pernah lupa untuk bagi 'hint' kat kami pasal ketibaan hari jadinya... "Abah, sekarang bulan berapa...?" lepas kita jawab bulan Mac, nanti dia sambunglah "Oh, Mac, April, Mei.. hah nanti bulan Mei hari jadi kakak kan...?"...  Tiga hari lepas, masa balik dari sekolah, ada juga dia cerita pasal hari jadi kawan dia kat sekolah, "Ibu, hari ni harijadi kawan kakak, dekat je dengan hari jadi kakak.." -saje le tu, nak ingat kita harijadi dia....


 
Ok lah, Selamat hari jadi ye Nur Jihan... Semoga Jihan sentiasa dirahmati Allah, dikurniakan kesihatan yang baik, akal yang cerdas & pintar serta menjadi anak yang solehah.... insyaAllah... Amin
-

Khamis, 24 Mei 2012

Happy Birthday Nur Jihan...


Alhamdulillah... Hari ni 24 Mei 2012, genaplah 7 tahun umur Nur Jihan... Sepanjang 7 tahun ni, kami rasa Nur Jihan sedikit sebanyak telah belajar & menyelami erti kehidupan/tanggungjawab.. sebagai anak, sebagai kakak, sebagai pelajar sekolah, sebagai anak murid, sebagai kawan, sebagai cucu dsb... Lahir sebagai anak sulung agak besar cabarannya.. tapi alangkah beruntungnya menjadi anak sulung zaman sekarang ni. Macam-macam disediakan, macam-macam dibelikan... yelah.... anak pertama, semuanya serba baru....

Sepanjang membesarkan Nur Jihan serta adik-adiknya, kami sebolehnya tak mahu terlepas pandang apa jua perkembangan & perubahannya... kerana detik-detik manis itu hanya berlaku sekali & takkan berulang... Dari detik pertama kelahirannya, kami rakamkan setiap kenangan membesarkannya....


InsyaAllah, sedaya yang termampu, kami akan lakukan yang terbaik buat Nur Jihan.... Didik & bimbing agar menjadi anak yang solehah... insan berjaya & berguna di masa depan... menjadi inspirasi buat adik-adiknya..... menjadi kebanggaan kami sekeluarga...

Rabu, 16 Mei 2012

Terima Kasih Cikgu......



Teringat zaman sekolah dulu-dulu.... Setiap kali tibanya 16 Mei, semua cikgu2 akan berbaris bak pasukan koir kebangsaan kat depan perhimpunan & menyanyikan lagu Guru Malaysia.... Walaupun setahun sekali je dengar lagu tu berkumandang secara live, tapi melodinya tetap segar & terngiang2 sampai sekarang.... terutama lirik pembukanya -Kami Guru Malaysia..........

Betapa besar & tingginya tanggungjawab seorang guru... Mendidik, membimbing & mencorak masa depan anak-anak kita.... Betapa besarnya kesan & pengaruh seorang guru kepada anak-anak, hinggakan setiap perkataan & ayat yang keluar dari peti suaranya akan diingat & dipatuhi oleh anak-anak... "Ibu, cikgu kata....." "Abah, cikgu kata..." semuanya cikgu itu kata, cikgu ini kata...

Hadiah Hari Guru buat guru-guru kelas Nur Jihan...

Untuk sambutan Hari Guru tahun ni, putra putri kami pun tak ketinggalan meraikannya... memang kami dah asuh anak-anak semenjak umur tiga tahun lagi masa di pusat jagaan supaya menghormati & mendengar nasihat guru & cikgu2... Setiap tahun ada je kad & hadiah untuk pengasuh2 nya sempena hari guru... Untuk tahun ni, Nur Jihan sejak awal minggu lepas dah pesan untuk sediakan hadiah cikgu2 nya sempena hari guru... Hafiy pun sama, tak habis2 pesan untuk belikan kek buat cikgu tadikanya... kek...? hehehe....


Hadiah dari Hafiy buat cikgunya...
Tingginya darjat seorang guru. Ianya jelas, seperti kata-kata Saidina Ali Abi Talib,"Siapa yang pernah mengajar aku walaupun satu huruf, maka jadilah aku hamba kepadanya"....

Ada juga ungkapan.... "If a doctor makes a mistake, it will kill a life.... but, if a teacher makes a mistake, it will kill a generation...." ehmm, betul juga tu...

-Serangkap lirik dari Lagu Guru Malaysia

Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji

Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita.............


Terima kasih Cikgu.....






Selasa, 15 Mei 2012

Amboi, Seronoknya Zair....!!!?

-


Apalah yang seronok sangat sampai Zair tu tersenyum & tersengeh meleret-leret....?











 

Nak tahu kenapa...? sebab Zair dapat hadiah baru... basikal.... hehehe.. Umur baru nak masuk setahun setengah, tapi dah pandai demand hadiah besar-besar.... 

Beginilah Zair bila cuba memujuk-mujuk & mendapatkan perhatian...

 
2 minggu lepas kami letakkan Zair kat rumah jiran depan sebab taskanya tutup seminggu pasal ada kes penyakit berjangkit... seronok betul dia dok sana sebab dapat layanan istimewa... & paling menyeronokkannya sebab dapat main basikal anak tuan rumah tu... Nak gambarkan perasaan seronok tu, sampai bawak balik rumahlah basikal kawan tu....  & melalak bila kita angkat dia turun....

 

Nak tumpang ke...? mana boleh, nanti tayar pancit... hehehe..

Minggu lepas kami ke sebuah kedai bersebelahan dengan satu pasaraya... masa turun kereta, tiba-tiba Zair menjerit... "abah! abah!!" sambil mulut terkumat kamit cuba memberitahu sesuatu... rupa-rupanya dia nampak susunan basikal budak-budak kecil dalam pasaraya sebelah tu.... menjerit2 lah dia sambil jarinya menunjuk-nunjuk deretan basikal tu... hehehe... rasanya kami tahu sejak bila Zair mengenali basikal2 tu... sejak duduk rumah jiran depan rumah tu lah...


Jangan jeles ye....
Akhirnya semalam, untuk memenuhi permintaan anak bongsu kami yang sangat aktif & manja ni, kami pun hadiahkan basikal idamannya tu....



Isnin, 14 Mei 2012

Terima Kasih...


Cerita hujung minggu.... Bawak anak-anak 'meraikan' hari ibu... simple2 je... Keluar rumah tengahari terus bawak diorang makan-makan kat satu lokasi rahsia... -Restoran Resepi Rahsia kat Taman Equine.. hehehe.. bukan lagi rahsia nampaknya...


Seronoklah anak2 dapat order apa saje yang diorang teringin nak makan... Ice blended wajib... Kami order Chicken Parmigiana, Thai style fried rice, kek mocha, Untuk Hafiy, makanan idamannya serupa betul dengan makanan kegemaran garfield -lasagne... walaupun lasagne ni bukanlah yang paling sedap di dunia seperti yang biasa dinikmati oleh garfield.... -atas kerjasama bersepadu, mangkuk tetap berjaya dilicinkan... tahniah..


Sebelum tu, masa on the way nak ke lokasi yang bukan lagi rahsia tu, sempatlah anak-anak buat kejutan kecil buat ibunya -segulung sijil istimewa tanda penghargaan buat ibu, dengan design eksklusif terbaik yang direka khas oleh abah mereka.... emmmmrgg, tiba2 pulak termasuk bakul....


Ok... Semoga cik puan ku sentiasa ceria & dirahmati Allah...
Pada aku, hari-hari adalah hari ibu.. & dah jadi kewajipan kita untuk menghormati kedua orangtua sepanjang masa... selain mendoakan kesejahteraan keduanya... kerana jasa & pengorbanan seorang ibu memang tidak ternilai untuk dihitung & syurga itu ditelapak kaki ibu....
Terima kasih atas pengorbanan kalian....

Klik je...!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...