-
Rabu, 12 Oktober 2011
::Adenium Obesum:: Memancar Seri Laman...
Selasa, 11 Oktober 2011
Santai Petang Sabtu...
Sabtu, 8 Oktober 2011
Jeliti:: Relevan & Bergaya...
Ikutkan sejarahnya, pokok Jeliti ni dah lima tahun kami bela & jaganya macam anak sendiri, hehehe... Pokok ni aku dapat dari mak mertua di JB... Masa tu tengah sibuk nak berpindah rumah, so ada lah dua tiga pokok yang aku rasa berkenan... Lagipun rumah baru untuk di huni tu, ruangnya sedikit terhad untuk membela pokok-pokok yang agak banyak masa tu... Awal-awal dulu, memang aku rajin mengimport pokok-pokok bunga dari kampung, dua-dua kampung lah, Kulai & JB... tapi sekarang ni kami pulak yang kekadang bawak pokok utk orang kampung... Selalunya spesis yang susah nak dapat kat sana....
Pokok ni pun sangat mudah dijaga, tak cerewet & kurang sensitif... kalau balik kampung seminggu tu, masih tak perlu risau... paling teruk pun daunnya kuning & gugur... Sangat rajin berbunga dengan 'kerlipan' bunganya yang kecil & 'terbalik' tu... memang unik & berbau harum semerbak....
Cara pembiakan melalui dua cara, biji benih & batang... Biji benihnya pun terhasil dalam bentuk yang unik -sarung biji seakan kacang panjang tapi kecik je... bila cukup matang & kering (warna kuning keemasan) sarung tu akan pecah sendiri dah menerbangkan benihnya yang kecil & ringan tu ke serata tempat... Banyaklah anak-anak pokok yang bercambah kat pangkalnya.... Awal-awal dulu, rajin juga aku semai, tapi bila dah banyak tu, tak tau pulak mana nak letak, so biar gitu jelah-terbang dibawa angin...
Pokok Jeliti ni memang relevan, sesuai untuk semua keadaan atau konsep taman... Kebanyakan pengemar bonsai pun menjadikan Jeliti ni sebagai pilihan sebab mudah untuk dibentuk... Penjagaan pun sangat mudah, yang penting cukup air, baja & perlukan cahaya matahari....
-
Jumaat, 7 Oktober 2011
Oh, Zair Dah Besar Rupanya...
Selasa, 4 Oktober 2011
"Peace!", Kata Jungle Bush...
Hujung minggu lepas(ahad) sempat jugak aku jengah gerai jualan barang-barang taman & landskap kat Taman Tasik Bangi tu... Rasanya pameran & jualan tu sempena Hari Landskap Negara, samalah macam tahun lepas... Banyak jugak yang menarik, tapi aku tak beli pun, setakat cuci mata je... Cuma dalam banyak koleksi pokok bunga hiasan, aku tertarik kat satu spesis je, -Jungle Bush yang katanya berasal dari Mexico... bentuk memang tak banyak beza dengan koleksi Jungle Bush tempatan, cuma perbezaan ketara boleh kita nampak pada urat daun & tongkol bunganya yang agak gelap... Selain tu, tongkol bunganya pun lebih ketara & menonjol sebab mencodak ke atas.... Tapi harganya, sangatlaaaaah boleh tahan.... lagipun sebenarnya, aku tak tahu dah mana nak letak pokok tu kalau aku beli jugak... laman sekangkang kera je.....