Jika anda peminat seni taman dan bunga-bungaan, Inilah destinasi wajib datang dan mesti tonton, hehehe... bukan tonton wayang ye, tapi datang menyaksikan dan melihat sendiri pelbagai produk seni hiasan taman dan laman yang mengasyikkan.... mengasyikkan?.. emmm, bolehlah...
Kami tak pernah miss datang ke Floria Putrajaya ni sejak kali pertama diadakan.... walaupun kordinasi dan suasananya hampir sama setiap tahun, tapi kepuasan bila dapat melihat, memerhati dan menikmati keindahan bunga-buangaan, tak kiralah yang dipamer atau untuk dijual, semuanya best.... yang tak pernah berkesempatan datang tu, bolehlah ke sini tahun depan.... ok, inilah sebahagian kenangan yang sempat dirakam untuk floria kali ni....