Ini antara projek binaan perabot taman yang paling segera dapat disiapkan... Iyelah, pagi tu beli kayu, potong ikut ukuran yang dirancang.. tengaharinya aku dirikan dengan bantuan isteri. Sebelah petang sempatlah aku sapukan cat... Sebenarnya projek pergola ni adalah projek pertama aku yang melibatkan struktur kayu di laman rumah... Antara sebab utama aku dirikan pergola ni ialah mengurangkan suhu panas yang agak ketara bahangnya ketika duduk di laman rumah pada hujung minggu, selain dari mewujudkan unsur-unsur semulajadi... pokok pun masih belum banyak...
-
Disebabkan ianya projek pertukangan pertama aku, jadi banyaklah kekurangannya. Selain jenis kayunya yang agak kurang bermutu, bentuk hujung setiap kayunya juga hanya dipotong rata, tiada potongan melenkok seperti pergola yang biasa kita lihat di mana-mana... Mungkin kekangan perlatan yang masih kurang lengkap pada ketika itu..
- Tak lama selepas itu, aku cuba potong serong setiap penghujung kayu alangnya... masih kurang menarik... & sekali lagi beberapa bulan selepas itu, setiap penghujung kayunya diupgrade. kali ni aku bentukkan melengkok sedikit seperti kebanyakan pergola yang ada dipasaran... penangan 'jigsaw' yang baru dibeli...
-
Tak sempurna pergola tu kalau tidak dihiasi dengan tanaman memanjat... Untuk melengkapkan situasi tersebut, aku tanamkan dua pokok kesidang di dua tiang belakang, serta pokok Bauhinia kockiana di dua tiang hadapan... Nampaknya pokok kesidang lebih subur & cepat membesar... namun jarang berbunga... Berbeza dengan Bauhinia kockiana yang mungkin lambat menyelaputi pergola tetapi rajin mengeluarkan bunganya yang serba oren kemerahan itu....
Apa pun yang penting bagi kami, cukuplah keadaan redup & kedinginan yang dihasilkan oleh kerimbunan pokok-pokok memanjat ni di pergola kami yang cukup simple ni, selain tu dapat juga kawanan burung menumpang teduh, bermain & berkicauan setiap pagi ... Lebih dua tahun pergola ni didirikan, nampak struktur kayunya masih boleh bertahan... ada rezeki nanti bolehlah aku fikirkan sesuatu yang berbeza... mungkin mini gazebo...