Klik je...!!!

Selasa, 27 November 2012

Santai di PD...




Ni kejadian beberapa minggu lepas.. Saje bawa famili makan angin di PD.. Biasanya kami berkelah kat pantai Bagai Lalang je, tapi disebabkan hujung minggu tu ada tugas di Senawang & bermalam di Seremban, so singgahlah sekejap kat pantai Port Dickson ni... Dapatlah anak-anak melepaskan kerinduan bermain pasir & bercanda di pasiran pantai.. 


hehehe... tengoklah betapa seronoknya diorang menimbulkan diri dengan pelampung masing-masing......


 Jomlah mandi....


 Sempat pulak Jihan ni kutip kepah....


Zair paling puas mandi sebab masuk air paras lutut kita pun dah kira dalam buat dia...hehehe... maklumlah, cemetot je....




Ahad, 18 November 2012

Cameron Highland 2.0 ::Day 3::




Hari ketiga percutian di Cameron Highland 2.0 ni kali ni kami sempat melawat kebun teh & mandi manda di Air Terjun Lata Iskandar... memang seronok... tapi seronok untuk bergambar je, bukan sebagai pekerja kebun teh.... mencabar jugak nak menjelajah kebun teh tu rupanya.....

Air terjun Lata Iskandar memang best, airnya memang dah tentu jernih & sejuk.... seronok anak-anak dapat main air & mandi manda......

Hari Ketiga.....


 Sempatlah menjamu selera selepas penat memetik daun teh.... hehehe...



 Sessi mengeringkan badan selepas kesejukan bermain air di Lata Iskandar...


Keseronokan sebelum perjalanan pulang.....



Cameron Highland 2.0 ::Day 2::




Hari kedua percutian di Cameron Highland.... Sempatlah kami melawat ladang strawberi, Kea Farm, taman bunga & Pasar malam Brinchang sekali lagi.....

Hari kedua....



 
 Seronok betul nampak Zair tu kan..... aksi di ladang strawberi....



Berjaya jugak akhirnya memetik buah strawberi sebelum bershoping sakan di Kea Farm...


Aksi menarik sebelum keluar beriadah di taman bunga....







Cameron Highland 2.0 ::Day 1::




Sempena cuti umum & cuti sekolah yang baru bermula, aku tak lepaskan peluang bawa famili bercuti. Buat kali keduanya kami sekeluarga bercuti ke Cameron Highland....

 Tak tahu kenapa Cameron Highland masih menjadi pilihan, mungkin sebab percutian pertama hujung tahun lepas banyak kekurangannya dari segi perancangan. Masa tu booking hotel pun kami buat last minute... Tapi kali ni, kami rancang lebih awal... dua tiga bulan sebelum ni... so, puas hatilah....

Kali ni kami dok Cameron 3 hari 2 malam, so sempatlah ke ladang strawberi, kebun teh, Lata Iskandar, pasar malam Brinchang, Kea Farm... emmm, macam-macamlah aktiviti kami....

Sempatlah aku rakamkan beberapa gambar untuk kenangan bercuti kali ni....

Hari pertama...

Tengok tu Zair Iman, seronok betul bila kami ajak keluar....


 Masing-masing tunggu depan pintu, tak sabar nak keluar ambil angin malam Cameron....


 Jalan-jalan kat pasar malam Brinchang... sempatlah beli sourvenir....


Hafiy & Jihan, masing-masing bergaya dengan sweater barunya......


Rabu, 7 November 2012

::Hari Kecemerlangan:: Tahniah Buat Jihan...



Alhamdulillah... Petang tadi sempatlah temankan Nur Jihan ke sekolahnya untuk satu majlis penyampaian hadiah kepada pelajar-pelajar cemerlang sekolah rendah agama... Isnin kelmarin, ada jugak majlis serupa di sekolah rendah kebangsaan, kami juga dijemput kerana Nur Jihan pun terlibat sama untuk salah satu hadiah.... -Kedatangan penuh...



Untuk sekolah rendah agama ni, Jihan meraih lima anugerah... Hadiah untuk kedudukan nombor 1, hadiah markah tertinggi untuk 3 matapelajaran & hadiah pelajar mumtaz dengan peratusan 98.8%...



Dengan keputusan peperiksaan yang agak baik ni, Nur jihan berjaya bertukar ke kelas 2 Iman untuk tahun depan... kira kelas budak-budak pandai le tu.... & petang tadi juga aku pesan awal-awal kat dia supaya belajar lebih tekun & kurangkan bermain sebab bila dah masuk kelas 2 iman nanti Jihan kena bersaing dengan kawan-kawan baru yang lebih cerdik, lebih pandai & lebih rajin.... Macam tu juga dengan sekolah kebangsaan..... -Jihan pun jawab "hah! betul, betul"....



Sebagai ibubapa, kami sentiasa mendoakan semoga Jihan terus tekun & tidak jemu untuk belajar hingga berjaya dan menjadi kebanggaan kami sekeluarga serta menjadi inspirasi buat adik-adiknya..... InsyaAllah....


Seindah namamu....
Nur Jihan Faihanah::Cahaya Kebanggaan Mengharum::



Selasa, 6 November 2012

Konvokesyen Hafiy...



Pagi tadi berlangsungnya Majlis Konvokesyen Tadika YADIM Putrajaya... Kira ni konvo kedua untuk Hafiy... Cuma kali ni nampaklah dia & kekawan seumurnya (6 tahun) betul-betul dirai...


Majlis bermula jam 8.30 dan selesai lebih kurang jam 12.... Seperti konvo tahun lepas, kali ni banyak jugak acara persembahan dari semua pelajar-pelajar 4, 5 & 6 tahun.... Kali ni Hafiy tak terlepas...biasalah, kebanyakan persembahan melibatkan pelajar 5 & 6 tahun...



Tahun lepas kami raikan konvo Jihan & Hafiy sekeluarga, seronoklah.... Tapi kali ni punya konvo kurang meriah buat kami sebab cik puan takde... kena outstation ke Pahang.... Kakak Jihannya pulak kena ke sekolah sebab ada penyerahan buku teks... takpelah Hafiy ye, Ibu boleh tengok gambar-gambar Hafiy ni kat blog.... hehehe....



Terasa syahdu sikit masa kemuncak acara, dengan iringan lagu anak soleh dendangan kumpulan aeman, semua pelajar 6 tahun diberikan dua kuntum mawar di pentas... masing-masing turun sambil menuju kepada ibu & ayah, bersalam & menyerahkan mawar tu.... sedih sikit sebab ibu Hafiy takde bersama masa tu....




Tahun depan Hafiy dah mula bersekolah rendah... semoga Tadika YADIM yang didudukinya semenjak umur 5 tahun ini dapat membantu dan memberi sedikit sebanyak persediaan dalam menempuhi alam persekolahan sebenar..... InsyaAllah


Isnin, 5 November 2012

Hafiy Dah 6 Tahun!!!...

 


Alhamdulillah, umur Hafiy dah genap 6 tahun 3 Nov lepas... Hafiy ni manja sikit berbanding kakaknya Nur jihan yang nampak jauh lebih matang walaupun usianya baru menganjak 7 tahun 5 bulan... Maklumlah Hafiy ni lama sangat jadi anak bongsu agaknya, 4 tahun lebih....




Sebenarnya kami dah celebrate awal, masa balik cuti aidiladha kat Johor hari tu... Saje nak bagi kejutan dengan kek Boboiboy...

Oklah, semoga Hafiy dikurniakan kesihatan yang baik, ahklak yang terpuji, ditambahkan rezeki serta menjadi anak yang soleh, insyaAllah......


 

Jumaat, 2 November 2012

Tahniah Nur Jihan...




Petang semalam Nur Jihan balik rumah bawak report card sekolah agamanya...

Alhamdulillah, Mumtaz....!! Jihan hilang 6 markah berbanding penggal pertama dulu cuma hilang 5 je... Tapi yang bestnya kali ni Jihan dapat 100% untuk 3 subjek & mumtaz lagi untuk subjek Al Qur'an....
 

Tahniah buat Jihan... Semoga dapat kekalkan prestasi untuk darjah-darjah seterusnya.... & menjadi inspirasi kejayaan buat Hafiy Nusair & Zair Iman.... insyaallah..
 
 

Klik je...!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...