Klik je...!!!

Khamis, 19 Januari 2012

Jom Deko-Deko...::Pintu Peti Surat::


Ini projek akhir tahun lepas yang dah lama dirancang tapi asyik tertangguh je... Projek ni memang simple, tapi leceh jugaklah nak siapkan.... ambil masa seminggu dua sebab cuma guna masa terluang belah malam je.. Kalau dihimpunkan masa yang aku peruntukkan, kurang daripada 24 jam je sebenarnya...
-
-
Bahan-bahan mentahnya biasalah, kayu 1 X 2, gam kayu, skru, kertas pasir cat, cermin & engsel kecil... peralatan pun yang biasa-biasa je... kos tak boleh nak agak sebab semua bahan memang dah sedia ada...
-
-
Mula-mula tu biasalah, tarik-tariklah stok kayu yang masih tersimpan kat belakang rumah tu... lepas potong mengikut ukuran, aku lekatkan dengan gam kayu & skru untuk pastikan setiap cantuman tu betul-betul kuat.... Rumit sikitlah setiap sudut penjuru untuk cantuman tu kena betul-betul tepat... lepas tu nak kena pahat sikit belah sisi untuk ruang cermin... cermin tu aku dapat dari pintu peti surat alumunium yang asal...
-
-
Lepas siap semua cantuman, & gam pun dah cukup kering, barulah boleh gosok untuk melicinkan permukaan kayu tu....
-
-
Proses seterusnya biasalah, mengecat.... Hahhh, cat ni paling kurang kena buat 2 layer untuk pastikan cat tu betul-betul rata, melekat & warnanya lebih gelap sikit... Lepas betul-betul kering, barulah boleh dipasangkan kat tempatnya... ok, siaplah... oh ya, jangan lupa tombol pintu tu, pilihlah yang comel-comel sikit, sesuaikan dengan saiz pintu tu... simple je ye tak...? Tak kisahlah, asalkan peti suat tu bertutup & tak ditempiasi hujan atau debu-debu, ok lah tu....
-

Jumaat, 13 Januari 2012

Wow...! Zair Tak Sabarlah...



Zair Iman sekarang ni bila balik rumah petang-petang, mesti nak singgah tengok pokok mangga.... lepas tu jari telunjuk terus tepat mengarah ke beberapa biji buah yang semakin hari makin nampak melayut tu... lepas tu mulut dia pun berbunyi "pe cuhh, pe cuhh...?" Aku cubalah translate bahasa bayi setahun tu ke bahasa orang dewasa... "Apa tu, apa tu...? agaknyalah ye... & aku pun jawablah soalannya tu, "oh, tu buah mangga.... berulang-kali dia tanya, so aku pun kena jawab berulang kali jugaklah...
-
"Abah! boleh tak Zair petik...?.... bolehlah ye...?"
-
Alhamdulillah, musim mangga kami kali ni bolehlah dikatakan menjadi walaupun takdelah lebat mana... dah tu pulak, musim buahnya berperingkat... walaupun musim bunganya bermula hujung oktober tahun lepas, sampai sekarang bunganya masih keluar silih berganti... jadi lamalah sikit musim buahnya melekat kat pokok sebab keluarnya tak serentak... insyaallah yang ada kat pokok sekarang ni bolehlah dijamah dalam sebulan lagi...
-
Antara buah yang melekat....
-
Mungkin Zair Iman tak sabar nak merasa sebab ini tahun pertama dia boleh rasa buah mangga ni, insyaallah.... sabar ye Zair....
-
"Nak kena tunggu sebulan lagi...? lamanya.....!!"
-

Khamis, 12 Januari 2012

Cuti Hujung Tahun...

-
Ini cerita beberapa minggu sudah.. Kami bercuti hujung tahunlah kononnya... Saje, nak bagi seronok kat anak-anak.... Padahal seminggu sebelum tu dah bercuti kat Cameron Highland pun....
-
Tengoklah tu, Hafiy boleh pulak tulis nama dia terbalik...
-
Anak dara kami suka bercuti & jalan-jalan terutama sekali kalau dapat duduk hotel... Anak bujang pulak suka bermain pasir kat pantai.... jadi, hujung-hujungnya kami pun berpicniclah kat pantai Port Dickson... Tapi duduk hotel kat Seremban sebab hotel semua dah penuh... Tak kisahlah, yang penting kami semua puas hati dengan percutian kali ni walaupun sehari semalam je....
-
-
Tak dapat nak bercerita panjang, biarlah gambar-gambar kenangan ni menceritakan segalanya....
-
-

1 Pluto 1 Amal...

Ini cerita minggu lepas.... Apa pulak 1 Pluto 1 Amal tu...? hehehe, itulah nama kelas anak dara kami Nur Jihan Faihanah.... Minggu lepas, seminggu kami bercuti khas untuk menguruskan persekolahan anak-anak... -Nur Jihan & Hafiy...
-
Nur Jihan dah masuk darjah satu untuk sekolah kebangsaan & sekolah agama.... 2 Januari, Hari pertama pergi sekolah untuk satu ujian menentukan kelas... 4 hb pulak pembahagian kelas & hari pertama belajar... Alhamdulillah, Nur Jihan dapat masuk kelas pertama (1 Pluto)... Untuk kelas kat sekolah agama pulak memang takde apa-apa ujian, jadi murid tahun satu dimasukkan ke mana-mana kelas secara rawak... 2 kelas je pun... Iman & Amal... Nama Nur Jihan dalam kelas 1 Amal...
-
nampaknya Nur Jihan seronok dengan pengalaman barunya di alam persekolahan sebenar... seronok sebab dapat ramai kawan-kawan... Hari-hari ada homework nak kena siapkan.. hehe..
-
Untuk Hafiy pulak, ini pengalaman pertama berseorangan tanpa kakaknya... Sejak umurnya dua bulan, Hafiy sentiasa bertemankan kakaknya sehinggalah ke tadika yadim tahun lepas... kami teruskan alam tadikanya di Tadika Yadim, sebab ramai kawan-kawannya kat sana.... Nak tahu apa komen pertama yang keluar dari mulutnya lepas hari pertama bersekolah ...? Hah, saya rasa kan, saya tak sesuailah sekolah kat situ (tadika Yadim)... "Saya nak sekolah kat cikgu-cikgu yang baju purple -(itu taska adik dia, Zair Iman)... Saya kan kecik lagi..." hehehe... Sebelum tu paginya, Hafiy menangis masa tengok kakaknya pergi sekolah naik kereta lain.... sedihlah tu kawan bermain & gaduhnya takde... Hafiy... Hafiy....

Klik je...!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...