Khamis, 31 Mac 2011
Familiku Edisi Terhad...! Bukan untuk dijual...
Rabu, 30 Mac 2011
Hafiy & Buku Ben10nya...
Kalau Nur Jihan sibuk belajar mengeja & membaca buku2 sekolah & ceritanya, Hafiy pun ada jugak koleksi buku kegemarannya... bezanya, buku-bukunya bukan untuk dibaca tapi untuk dibelek-belek gambar kat dalamnya... Yang jadi mangsa dah tentulah abah & ibunya... sikit-sikit dia tanya kat kita, "abah, dia kata apa ni...?" jadi kerja pulak kita yang kena baca & ceritakan kat dia... bukan setakat baca je tau, kena jugak gunakan intonasi & suara yang berbeza bagi setiap watak... :) takpelah, mungkin dengan cara itu membuatkan dia minat dengan buku walaupun tak seteruja Nur Jihan yang sikit hari lagi bolehlah digelar ulat buku..
Semoga Hafiy membesar dengan sihat, bijak & cepat jadi budak yang matang macam kakaknya... insyaAllah
Syukur Dengan Yang Ada & Tiada...
Kadang-kadang kita tak sedar suatu kelebihan atau nikmat yang kita ada sehingga Allah menariknya semula... padahal nikmat itu bukanlah hakmilik kekal untuk kita pun, tapi sekadar dipinjamkan... Cuma kita ni sebagai manusia biasa, susah sangat nak tunjukkan rasa bersyukur dengan apa yang ada... Mungkin salah satu sebab kenapa Allah tarik semula... Tapi Allah itu maha adil, malahan lebih dari itu.. Ditariknya sesuatu, digantikan dengan yang lebih baik.. Sebab Allah sentiasa tahu apa yang terbaik untuk kita... malah sesetengahnya, ketiadaan sesuatu itu sendiri menjadikan diri atau kehidupan kita lebih baik & rasa bersyukur... kadang-kadang tu, Allah cuma ambil satu tapi dibalas lebih dari sebelumnya... Cuma kita je yang tak berapa sedar... Sebabnya nikmat Allah wujud dalam apa jua bentuk... kesihatan, anak-anak, keluarga bahagia, ilmu, kerjaya, sahabat, ketenangan, kekayaan, jodoh, dsb...
Aku amat bersyukur dikurniakan isteri & anak-anak yang benar-benar membahagiakan hidup yang sementara ni...
Macam mana kita nak tunjukkan rasa bersyukur dengan setiap nikmat ini, tanyalah hati & fikiran kita yang waras... tepuk dada tanyalah iman, sebab iman itulah nikmat Allah yang paling besar untuk manusia yang mudah lupa macam kita...
Pelik pulak hari ni, tiba-tiba je nak bercerita pasal nikmat Allah... Setelah hampir seminggu panas terik & bahang semacam, tiba-tiba awal pagi ni Allah bagi hujan... satu lagi, mungkin sebab kebelakangan ni banyak sangat baca & dengar berita pasal orang sakit yang pelik-pelik, kematian anak & orang tersayang, orang besar yang takde ketenangan hidup, kaya raya yang tidak dikurniakan zuriat, berilmu tapi terlibat rasuah, senior yang tak naik-naik pangkat, cantik & segak tapi sukar bertemu jodoh, negara kaya hasil bumi tapi huru-hara, negara maju yang ditimpa bencana, tsunami politik & macam2 lagilah... Semuanya berkait dengan rezeki, nikmat & rahmat Allah... Allah mungkin takkan beri kita semuanya sekaligus... Sebab Dia tahu kemampuan kita... rezeki itu suatu nikmat, tapi Nikmat atau rezeki itu pulak boleh jadi sebahagian dari ujian Allah... Allah tak akan beri sesuatu yang umatnya tak sanggup pikul... Kenapa Allah beri kita ujian? sama-sama kita cari jawapannya...
Sentiasalah bersyukur dengan apa yang kita ada & tiada.... alhamdulillah...
Selasa, 29 Mac 2011
Draco Pulak Dah.....
Isnin, 28 Mac 2011
Cuci Mata di Xue Bang Nursery...
Ahad, 27 Mac 2011
Bercanda Di Pasiran Pantai Lagi....
Sabtu, 26 Mac 2011
Rendang Tapi Berbuah..
-Selalunya setiap dua atau tiga bulan aku akan cantas bahagian pucuk atau ranting yang terlalu tinggi... Tujuannya supaya pokok mangga tu akan sentiasa rendang & menghasilkan dahan kecil yang lebih banyak, daun lebih rimbun selain berbuah lebat... Kiranya Rendang Tapi berbuahlah, bukan rendang tak berbuah ye... Mungkin jiran2 tengok nampak pelik sikit, tapi itulah rutin aku setiap kali nampak pokok mangga tu macam terlalu tinggi... Kali ni aku cantas & bubuh baja, sementara bunga baru nampak macam baru nak berputik... kalau dah keluar bunga betul nanti tak boleh pulak nak dibaja, takut panas & gugur bunga-bunga tu...
Cuba je tanam, mana tau boleh hidup subur... Agak2 dah besar nanti, bolehlah tukar pasu yang lebih besar...
Hafiy Tak Nampak Tuhan Pun...!
Jumaat, 25 Mac 2011
Tazkirah - Ilmu
Khamis, 24 Mac 2011
Jihan Tetap Dengan Bukunya...
Nur Jihan sejak sekolah tadika Yadim ni, tak pernah berpisah dengan buku... Adiknya, Hafiy pagi2 masuk kereta, kalau tak main dengan alat permainannya, maknanya dia tidurlah tu kat belakang... Jihan pulak sibuk membaca buku... Belah petang pulak masa jemput balik, Hafiy biasanya sibuk bercerita pasal kawan2 atau cerita dari sekolahnya untuk hari tu, Jihan masih sibuk dengan bukunya... Sampai rumah, Hafiy sibuk cari remote control nak tengok saluran TV kegemaranya, Jihan masih tetap dengan bukunya...
Kalau ikutkan kajian, perkembangan kanak2 seusianya sekarang ni memang tangah teruja untuk belajar mengeja & membaca selain dari mengira... Kebetulan ibunya pun memang rajin membelikan buku2 cerita walaupun masa tu Jihan masih tak reti lagi membaca... Sejak usianya dua tahun memang suka buku... Kalau kami berjalan ke mana2, & singgah kat mana2 kedai permainan, Hafiy sorang je yang mintak mainan, Jihan pulak selalunya taknak, biasanya dia kata "kakak dah besar, kakak nak buku atau color"... mintak buku, kalau tak pun, mesti pensil warna... Masa belum tau mengeja dulu, sibuklah dia suruh kita baca atau bercerita apa yang ditulis dalam buku tu... Tapi sekarang ni dia dah pandai eja & baca sendiri walaupun taklah selancar mana. Merangkak-rangkak pun, kekadang berjaya jugak dia habiskan mengeja & membaca satu buku tu, dalam sehari dua je... Kalau berterusan, InsyaAllah Nur Jihan boleh jadi anak yang bijak & pintar... Atau sekurang-kurangnya sebagai kakak, dapat juga dia tunjukkan teladan yang baik untuk adik-adiknya nanti... -Percaya tak, kalau dulu Jihan selalu ajar adiknya mengenal huruf, sekarang ni pandai pulak dia mengajar adiknya, Hafiy mengaji... Memang ada gaya cikgu...
Sebelum usia mencecah dua tahun Jihan dah minat menulis... Apa yang ditulis tu tak taulah... :)
Umur 3 tahun dah pandai ajar adiknya mengenal huruf... ada gaya cikgu tak...?
Kalau dah penat baca buku, Sibuklah pulak dia meluru kat lap top aku untuk main game... kacaulah Jihan ni.... :) Bila aku tengah asyik tengok TV, tiba-tiba pulak dia datang join sekali.. bila tanya kenapa tak main komputer? dia jawab "haahhh, dia tengah loadinglah..." :)
Rabu, 23 Mac 2011
Mengapa Ditumbangkan Gerbang 1Malaysia...?
Gerbang 1Malaysia yang berisi angin ni sama ada ditumbangkan atau tertumbang dan diletakkan di tepi jalan masuk ke satu kawasan gerai2 jualan yang menjadi tumpuan pengunjung. Pelik jugak, gerbang yang se gah itu yang dah tentu dihasilkan dengan kos yang agak tinggi tapi tak digunakan. Tak taulah, mungkin gerbang 1Malaysia tu menyukar atau menyempitkan sedikit laluan masuk ke kawasan gerai2 jualan kat situ atau mungkin juga ada sebab lain, aku tak pasti... yang aku memang pasti, anak aku Hafiy, suka pulak main dengan gerbang ni...
Sebagai warga yang prihatin & sensitif :), dah tentu terdetik di hati untuk membuat pelbagai andaian dengan kejadian yang taklah seteruk mana pun sebenarnya. Cuma, apa pulak reaksi & persepsi orang ramai, pelancong2, wartawan & juga jurugambar2 yang kreatif, kalau terperasan suatu struktur atau elemen yang melibatkan kempen atau slogan yang diperjuangkan oleh kerajaan rebah & terbiar seperti itu… Tak taulah kalau selepas kami beredar dari Fiesta Belon tu, gerbang ni dinaikkan semula… mungkin jugak... tapi seeloknya kalau gerbang tu dirasakan tak sesuai nak dipasang atau didirikan kat kawasan tu, cubalah letakkan di lokasi lain yang lebih sesuai, atau segera lakukan sesuatu untuk mendirikannya semula, atau mungkin jugak jalan terakhir iaitu dibuangkan anginnya & disimpan terus... sekurang-kurangnya tidaklah mencacatkan pemandangan atau mengundang persepsi negatif.... :)
Pernah sekali dulu pokok kemboja aku yang tengah berbunga kat luar pagar tumbang disebabkan hujan lebat & angin kuat.... terus aku tukarkan pasu yang lebih besar biar stabil sikit.. hehehe...
Isnin, 21 Mac 2011
Jom Lepak-Lepak...
Yang sebenarnya, aku ni bukanlah pakar bahasa... BM masa SRP & SPM pun cukup2 makan je :) Jadi, amatlah tidak sesuainya untuk aku nak berceloteh atau memperinci mahupun mengupas perkataan 'lepak ni', baik dari sudut bahasa ataupun istilah... Sekadar nak bercerita tentang detik kami berehat di wakaf kat laman yang tak seberapa tu... & ayat yang aku gunakan masa mengajak isteri & anak2 petang tu "Jom! Kita lepak kat wakaf.." Sebelum tu kami singgah pasar malam, jalan-jalan cari makan... Sampai je rumah terus ajak diorang semua duduk makan2 kat wakaf.. Nampak Zair seronok pulak lepak kat sini...
"Seronoklah lepak-lepak kat sini"...