Semalam ada gotong royong kat taman perumahan kami. Gotong royong memang selalu diadakan sekurang-kurangnya dua tiga bulan sekali untuk memastikan taman kami bersih selain mengeratkan hubungan silaturrahim antara penduduk. Cuma semalam kami bukan bergotong royong macam selalu, tapi membersih, mengecat dan mengindahkan sebuah rumah yang bakal dijadikan Tabika Perpaduan menjelang musim persekolahan 2013 ni...
Alhamdulillah, walaupun taman kami kecil dan mungkin agak terpencil, tapi hubungan erat, kesungguhan dan kerjasama yang ditunjukkan penduduk di sini amat membanggakan. kami kini telahpun mempunyai surau, taman permainan, deretan kedai, persatuan penduduk yang aktif, Rukun Tetangga dengan Skim Rondaan sukarela, dan terbaru, Tabika untuk anak-anak di sini.... rasanya kemudahan yang ada kini sudah mencukupi buat kami hidup selesa dengan aman dan harmoni... insyaAllah
Dengan latarbelakang dan kerjaya berbeza, kami bergotong royong mengikut kemampuan dan kepakaran masing-masing... Bermula Sabtu malam, lepas tu sambung ahad pagi hingga petang. kami selesaikan yang asas dulu seperti membersih, mengecat, wiring untuk kipas lampu dsb... Insyaallah akan dicantikkan dengan mural-mural yang sesuai selepas ini... aku pun sekarang ni tengah sediakan design-design tu...
Dulu-dulu, pernah jugak berborak dengan cik puan pasal membeli rumah baru. Persoalannya, Jika ditakdirkan kami terpaksa berpindah atau membeli rumah baru yang lebih besar dan selesa suatu hari nanti, adakah kami akan memiliki komuniti dan jiran tetangga yang sama seperti apa yang kami miliki sekarang??? mungkin tidak....