Klik je...!!!

Rabu, 27 Januari 2010

Suasana Baru...


Satu lagi projek naik taraf... kali ni memang dah dibuat perancangan lebih awal, lebih kurang sebulan. Setahun lalu, kolam ikan koi aku bersaiz 3 X 3 kaki. Kali ni projek naik taraf adalaj untuk mendalamkan kolam ni. Saiznya masih sama, cuma kedalamannya saje yang ditambah. Walaupun sedikit sahaja perubahan yang cuba aku lakukan, banyak proses & kerja-kerja sampingan yang terpaksa dibuat. Sehingga memaksa aku mengambil masa yang agak lama untuk siapkan.

Kedalaman asal cuma dapat menampung air sedalam 5 hingga 6 inci je, tapi kali ni aku kena potong & tebuk lantai dek mengikut saiz kolam supaya kedalaman kolam sama aras dengan tanah. Sekurang-kurangnya bila siap nanti, dapatlah ikan-ikan koi peliharaan aku berenang-renang dengan lebih seronok dalam kuantiti air yang lebih banyak, lebih sejuk & nyaman... Insyaallah..

Untuk menebuk & menggali kolam sampai kearas tanah aku buat dari jam 6.00 ptg hingga 7.30 mlm.. Lepas tu sambung balik pukul 9 mlm hingga 11.30 mlm.. Lebih kurang 4 jam... Leceh sikit sebab masa buat dek dulu aku tambak kawasan ni dengan sisa2 batu & konkrit. Nasib baik tak simen...

-

Kolam asal yang menempatkan ikan2 koi aku alihkan ke sebelah berhampiran kedudukan asal.. Esok paginya aku dapati dua dari ikan koi aku mati & berada di atas tanah... sedih jugak sebab dah lebih setahun aku bela ikan2 ni. dari saiznya 4 inci, sekarang dah mencecah 8 - 9 inci... Maklumlah projek ni aku buat untuk keselesaan ikan2 ni, tapi kalau sebab projek mendalamkan kolam ni memberi ketidakselesaan hingga menyebabkan kematian, maknanya sia2lah usaha aku... Memang aku terasa... Perasaan sedih & terkilan tu menyelubungi aku hingga beberapa hari... seminggu aku tak sentuh apa2 kerja yang berkaitan dengan kolam tu...

-



Bila aku dah bersedia semula, aku sambung kerja2 mengikat batu, plaster.. & akhir sekali aku sapukan keseluruhan ruang kolam ni dengan sealant berupa sapuan seakan cat untuk tangki /kolam ikan bagi memastikan tiada kebocoran... Disebabkan aku ni bukan pakar dalam kerja binaan, kolam ikan ni memang kurang kemas. Cuma aku bernasib baik & tak risau sangat sebab kolam ni dapat ditutup semula dengan kepungan kayu kolam asalnya.

-

sekarang ni kedalaman kolam ni mencecah 18 inci. Maknanya boleh menampung 3 kali ganda dari kuantiti air sebelumnya... sebelum ikan2 koi dapat dimasukkan ke rumah barunya, kolam ni aku rendam & cuci dulu dengan air paip supaya hilang segala kotoran atau sisa toksid yang mungkin wujud. Sekali cuci, terus masukkan ikan...
-

Alhamdulillah, setelah seminggu aku masukkan ikan2 ni, nampaknya tiada kejadian yang tak diingini berlaku... Ikan2 koi aku pun nampaknya semakin seronok dan dapat berenang dengan bebas...

-

6 ulasan:

  1. salam...minat tul sy tgk dekorasi laman awk..sy pun mcm awk..minat bertukang dan kalau boleh sumer nak hasilkan sendiri..cuma masalah nya..sumai xberapa menyokong..huhu..sbb kudrat dier yg saya perlukan...sy xmampu nak buat sendiri..boleh tak nak mtk awk tolong saya dalm menghias serba sedikit laman saya...
    akupink@yahoo.com

    BalasPadam
  2. Salam, terima kasih. Saya bukanlah pandai sangat pun dalam seni landskap atau pertukangan ni. Disebabkan minat saya cuba belajar & menghasilkan sendiri dari buku2 atau majalah berkaitan seperti IMPIANA, LAMAN, ANJUNG SERI & yang sewaktu dengannya. kalau berduit & mampu, bolehlah dibeli yang siap, cuma kalau dihasilkan dengan tangan sendiri tu, cantik atau tidak, kita tetap puashati. Setakat nak menolong bagi cadangan atau pendapat tentang konsep laman tu mungkin boleh, takde masalah...

    BalasPadam
  3. As'salam...idea yang sungguh kreatif...:)

    BalasPadam
  4. assalamualaikum,boleh sy tahu anggaran kos tuk set kolam kayu tu?anyway terima kasih coz sudi share info2 mnarik..sy minat keje2 bekebun tpi apakn daya duduk kondo ni xkemanala minat tu..tpaksa pikir dgn teliti bila nak hias "taman sekangkang kera" di balkoni,tgk kolam encik,jdi teringin sgt2,harap dapat maklum balas dri encik..

    BalasPadam
  5. Wa'alaikumussalam... anggaran kos untuk satu set lebih kurang RM1200-1500... Masa saya beli diorang tgh buat promosi istimewa, dptlah RM1200... Set kolam kayu ni memang sesuai untuk taman mini atau balkoni... -Ruang terhad bukan halangan untuk kita menghias rumah, yang penting ada minat & kreativiti...

    BalasPadam
  6. boleh beritahu saya lokasi atau no h/p kedai yg jual kolam ni?

    BalasPadam

Klik je...!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...