Klik je...!!!

Isnin, 7 Februari 2011

Peti Surat 29...


Ini nombor rumah & peti surat asal yang sedia ada... Rasanya kebanyakan yang disediakan oleh pemaju serupa macam ni je...
-
Ini salah satu projek DIY aku yang paling mudah & ringkas... Peruntukan masa yang diperlukan lebih kurang 4 jam... sesuai dilakukan pada bila-bila masa tanpa mengira waktu, siang atau malam... maknanya hujan, ribut, panas terik atau pagi-pagi buta sekalipun tak ada masalah untuk menyiapkannya... modal pun tak banyak mana, bergantung kepada jenis kayu yang kita guna... Aku guna kayu biasa je, kayu lebih-lebih projek lama... selain tu skru, cat dan kertas pasir...

Sebenarnya projek peti surat ni antara projek DIY yang terawal aku buat masa mula-mula pindah rumah dulu... kalau ikutkan, bukanlah peti surat pun, tapi sekadar penutup atau bingkai kepada peti surat asal supaya nampak lebih bergaya & terserlah berbanding yang asal, yang aku rasa terlalu simple... kalau ikutkan, peti surat kayu ni banyak dijual di kedai barangan rumah & landskap.. macam-macam jenis, cengal, jati dll...
-

Prosesnya, macam biasalah... kalau ikut stail aku, kenalah ada lakaran awal beberapa design yang agak praktikal untuk direalisasikan... lakaran ni penting untuk proses percambahan idea supaya kita boleh nampak design mana yang lebih sesuai, menarik & mudah.. bila dah pilih satu design, kenalah sediakan pulak lukisan yang agak detail sikit dari segi teknikalnya untuk memudahkan kita menyediakan bahan dalam ukuran & kuantiti yang tepat...
-

Lepas sediakan semua bahan mentah, bolehlah dipotongkan kayu-kayu dalam ukuran yang tepat... tandakan kordinat yang betul untuk proses menebuk lubang menggunakan driller... lepas siap dicantumkan kayu-kayu tu dengan skru yang sesuai, bolehkan digosok dengan kertas pasir untuk melicinkan sedikit permukaan kayu... & akhir sekali lapkan permukaan kayu yang dah digosok untuk membuang habuk-habuk yang ada sebelum disapukan cat yang sesuai... lepas tu bolehlah lekatkan nombor pada permukaan peti surat tu... siaplah...
-


Tiga belas bulan lepas, aku buat projek naik taraf tembok batu ni... masa tu proses yang paling mencabar ialah memotong batu mengikut bentuk ukuran penutup peti surat ni. Mencabar sebab bukan senang nak potong batu-batu hiasan dinding ni dalam ukuran yang kecil & nipis... nasib baik ok... nak naikkan seri lagi, aku buatkan frame mengelilingi pintu tempat sampah bawah peti surat tu supaya nampak lebih kemas sikit...

5 ulasan:

  1. lawa design tu..simple yet nice =)

    BalasPadam
  2. memang creative nih.. terjeles la pulak hahaha

    BalasPadam
  3. Terima kasih semua... biasa je. Cuba beranikan diri utk buat walaupun kemahiran tak seberapa... alhamdulillah, jadi lah tu.. nak beli tak berapa nak mampu... :)

    BalasPadam
  4. assalamu'alaikum wrt sdr
    nak mintak tlg buat aka TEMPAH blh tak ..??? serius niii ... rumah sy ni dh sekian lama tak bernombor ... hhuu

    BalasPadam
  5. As Salam..Boleh tak jika nak tempah?
    Jika ya tolong emailkan sebut harga ke nurul_adilah@ehsanplant.com

    Terima Kasih

    BalasPadam

Klik je...!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...