Klik je...!!!

Rabu, 10 November 2010

Bunga-Bunga Mekar Di Laman...


Nampaknya dalam beberapa bulan ni aku takde buat sebarang projek pertukangan untuk rumah atau laman. Maknanya aktiviti aku hanya tertumpu pada rutin harian je... Selain keluarga, dapatlah aku bagi tumpuan sepenuhnya kepada pokok-pokok hiasan yang sedia ada...


Bunga kesidang ni favorite isteri aku, tak pernah miss cium bunga ni setiap petang sebab wangi & mendamaikan jiwa ...
-
Buat masa ni sebahagian pokok sedang berbunga terutamanya Kockiana yang memang tengah kemaruk bunga... yang lain tu termasuklah kemboja kuning, melati air, kesidang, kertas & beberapa spesis lain... Seronok sebenarnya bila kita balik kerja petang-petang & terpandang laman rumah dipenuhi pokok-pokok menghijau & bunga-bunga yang tengah berkembang mekar... tak payah dah nak bawak famili ke taman bunga... Lepak-lepak kat wakaf sambil pekena kopi atau teh panas dgn goreng pisang, tak pun roti bakar cukuplah... jimat petrol, jimat masa & jimat tenaga... hehehe..


Yang ni favorite aku...

Nampaknya musim tengkujuh dah mula... Hujan setiap petang & malam.. tak lama lagi hujan tak kira masa... Seronoknya hujan ni sebab dapat melembapkan tanah & menyuburkan tanaman/pokok-pokok. Tapi air ni samalah jugak macam api, kecil menjadi kawan, besar dah jadi lawan, satu bencana... Aku tumpang simpati pada mangsa-mangsa banjir yang terlibat di Utara sana.. Semoga mereka semua tabah & redha dengan ketentuan ini... & sama-sama kita doakan agar banjir yang melanda segera surut supaya mereka-mereka yang terlibat dapat meneruskan kehidupan seperti biasa.. insyaAllah...

2 ulasan:

  1. suke sgt dgn pokok2 yg en azid post, semua skali! sye beginner dlm bab tanam2 ni. baru nak menyemai minat, start awal thn 2010 ni. laman skrg jauh lg dgn nak jd cantik, tp sgt gembira dan puas ati bila dpt tgk pokok2 ni semua membesar dan makin cantik..

    blog en azid mmg jd inspirasi saya, the best. gambar2 pon cantik. :)

    BalasPadam
  2. Terima kasih... Kalau dah ada minat, kira ok lah tu... Awal-awal berkecimpung dulu pun saya buat mana yang termampu sebab takde skill & ilmu masih kurang... Bila dah lama sikit barulah idea kita boleh berkembang... Kalau dapat carilah bahan atau sumber-sumber yang boleh kita buat rujukan spt majalah dsb... teruskan usaha ye...

    BalasPadam

Klik je...!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...