Klik je...!!!

Rabu, 1 Februari 2012

Misi Naik Taraf Tembok Pagar... ::Misi Tamat::

-

Misi menaik taraf tembok pagar atau nama panjangnya, 'operasi mencantikkan tembok pagar seraya membuang kotak sampah & mewujudkan laluan kecil di penjuru laman', telahpun aku tamatkan dengan rasminya kira-kira 3 minggu lepas... Setelah melalui beberapa fasa, bermula dengan memecah kotak sampah, mengikat batu, mengesan kebocoran & mengubah laluan paip, dan akhir sekali misi menampal batu hiasan dinding....

-Operasi menampal batu hiasan... misi ni mengambil masa sehari suntuk.. maklumlah kerja sikit, rehatnya je yang lebih...

-



Ni rupa bila tampalan disiapkan untuk dinding yang menghadap depan... Tak siap lagi tu, dinding sisi belah dalam kiri & kanannya...

-

Ok, ni dinding sisi bahagian dalam.... teknik pecah & tampal.... Lebih leceh & meletihkan.... Setengah hari jugak nak siapkan...


-

Oh ya... lupa nak bagitau... sepanjang aku menyiapkan misi menampal ni, aku diperhatikan oleh seorang mandur.... Mungkin untuk pastikan aku tak banyak curi tulang & operasi dilaksanakan mengikut jadual tanpa mengabaikan kualiti kerja.... hehehe... Nak tau sape mandur tu....?

Inilah mandur muda tu... betul-betul dia cek untuk pastikan kerja-kerja dilakukan dengan kemas & kuat...

-

"Wah, kuat betul tampalan ni, kemas pulak tu.... tak gerak pun dinding ni Zair tolak... hebat! hebat... abah belajar buat ni kat mana...?"


-Tak tahulah, tapi sebagai seorang designer, merangkap arkitek & tukang tak bertauliah, aku dapat rasakan masih ada penambahbaikan yang boleh dibuat.. Mungkin ada sentuhan akhir yang diperlukan untuk menjadikan misi naik taraf ni nampak 100% siap... Takpelah... adjustlah sikit-sikit mana yang patut kalau ada masa terluang nanti....


-


Begitulah hasilnya....






-

2 ulasan:

  1. cantik sgt...saya suka hasilna.izinkan saya ambil gambar ni utk dijadikan rujukan...apa nama batu yg ditampal ke dinding tu...kalu nak mitak tukang buatkan macam mana saya nak bagi tau

    BalasPadam
  2. terima kasih.. kalau tak silap batu-batu untuk tampalan dinding ni kita panggil wall stone... dijual ikut kaki persegi... kalau tanya tukang, kata je batu dinding, fahamlah diorang...

    BalasPadam

Klik je...!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...