Hahh.. dah tiba hari Jumaat... setelah terhenti 3 hari kerana hari bekerja, operasi mengecat diteruskan... Kali ni boleh slow down sikit sebab macam ada banyak masa... tapi kalau boleh nak siapkan cepat le, bolehlah berehat sebelum habis cuti hujung minggu...
Jam 12.30 berhenti untuk berehat & solat Jumaat...
Operasi disambung jam 3 petang... Hampir semua objek telah diwarnakan kecuali gambar pokok bird of paradise ni... Tapi yang jenuh dan meletihkan sebenarnya masa nak buatkan outline untuk setiap objek tu...
Jam 6.40 petang... tengah leka mengecat, tetiba datang dua askar upahan ni, heheheh.. Zair dan Hafiy... Setelah memuji lukisan mural tu dengan beberapa perkataan yang menyedapkan hati aku, Hafiy pun tanya "Abah, belum siap lagi ke...?" Mungkin nak bagi hint suruh balik sebab hari dah nak senja kot.... ok lah, operasi pun di tangguh untuk 24 jam lagi sebab esoknya dah plan nak gi jejalan ke KL... hehee, KL je....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan