Klik je...!!!

Ahad, 2 Januari 2011

Balik Kampung... Kali Pertama Buat Zair....

Kali pertama zair Iman menempuh perjalanan jauh.... bila nak sampai ni...?


Kalau ikut plan asal, kami memang nak balik ke kampung hari Sabtu... Apa-apapun, terima kasih tak terhinggalah buat pasukan Harimau Malaya... Terima kasih pertama sebab mengembalikan semula sokongan berjuta-juta rakyat Malaysia kepada pasukan bolasepak negara tanpa mengira sempadan usia, jantina, bangsa & membuktikan sukanlah medan yang paling sesuui untuk menyatukan semua... :) Terima kasih seterusnya sebab membolehkan kami bercuti panjang sikit dari apa yang dah di plan... disebabkan PM umum Jumaat sebagai cuti umum, maka dengan itu dapatlah kami balik ke kampung pagi Jumaat... hehehe... bukan kami saja, 1Malaysia dapat cuti panjang sikit... kebetulan pulak sempena tahun baru, Selamat Tahun Barulah buat semua...
-
Takpelah, saya tido dululah ye... Ada gaya doktor tak...? ke, macam chef....?
-
Tujuan pertama balik ke Johor sebab nak hantar balik ibu mertua setelah 3 minggu setia bersama kami menyambut cucu baru & menemani isteri aku berpantang... maklumlah, awal-awal kelahiran hari tu, sibuklah sikit... mana nak hantar isteri ke hospital.. mana nak melawat isteri kat wad, mana nak teman anak-anak yang lain lagi... & bila balik kampung ni, dapatlah tunjukkan anak baru kat sedara-mara & anak-anak buah yang lain... Sejak kelahiran anak pertama lagi, memang macam nilah rutinnya....
-
Rutin biasa bila balik kampung... main puas-puas dengan semua sepupu....

Kali ni, Jihan & Hafiy seronok balik ke kampung... walaupun terperap je kat rumah(biasanya balik kampung, kami tetap ligat merewang ke sana ke mari... tapi dalam tempoh berpantang ni, kenalah duduk rumah je), Ade lah beberapa aktiviti yang dapat diorang buat... Jihanlah paling rajin, dapat jugak dia tolong neneknya mengupas ikan bilis... dapatlah upah 40sen... -ikan bilis untuk berniaga nasi lemak... Kali ni jugak Jihan & Hafiy dapat pengalaman pertama membonceng motor atuk pergi ke kedai... main dengan sepupu-sepupu... tengok atuk parut kelapa... seronok betul diorang...
-

Terpegun tengok Atuk parut kelapa dengan mesin... maklumlah tak pernah nampak...
-
Hafiy dengan gaya ultramannya...


Pantang nampak kita pegang kamera, mesti nak berposing...
-
Sehari semalam kami duduk kat rumah atuk mak kat JB, lepas tu kami balik ke rumah atuk & nenek kat Kota tinggi... Sebelum balik, kami sempat singgah sekali lagi kat JB.... Sampai-sampai je kat rumah tengok ikan-ikan dalam kolam dah tercungap-cungap tak cukup oksigen... -pam tersumbat... nasib baik kami tiba tepat pada waktunya.... dua tiga pokok pun dah hampir kering sebab tak cukup air... Kusangkakan hujan setiap petang, rupanya panas hari-hari kat sini masa kami kat kampung... biasanya kami pesan kat jiran, tapi sebab sekarang ni macam musim hujan je, kami taknaklah menyusahkan diorang, lagipun balik kampung tiga hari je... nasib baik jugak pokok tak mati kekeringan...

1 ulasan:

  1. Website paling ternama dan paling terpercaya di Asia
    Sistem pelayanan 24 Jam Non-Stop bersama dengan CS Berpengalaman respon tercepat
    Memiliki 9 Jenis game yang sangat digemari oleh seluruh peminat poker / domino
    Link Alternatif :
    www.arenakartu.cc
    100% Memuaskan ^-^

    BalasPadam

Klik je...!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...