Klik je...!!!

Jumaat, 14 Januari 2011

Zair Iman Dah Sebulan...

Hidup kami tambah berseri dengan kehadiran Muhammad Zair Iman...


Cahaya mata & kebahagian kami

Diam tak diam, Zair Iman dah berusia sebulan... seronok sebenarnya tengok keletah bayi masa kecik ni... sebab itulah sesetengah orang akan rasa rindu untuk berbayi semula setelah beberapa tahun berehat... Cuma bagi suami-suami pulak, seronok tu bukanlah setakat tengok saje ye, kenalah jugak jalankan tangungjawab untuk sama-sama uruskan anak kita tu mandi ke, tukar lampin ke... barulah ada rasa....

Apalah yang dimenungkan tu agaknya......


Zair pun suka bersantai kat laman rumah...

-
Semalam kami ke klinik kesihatan untuk chekup. Nurse-nurse yang tegur semua kata macam dah 2 bulan. Memang pun, makin semangat. Seminggu lepas lahir, kami ada jugak ke klinik, tapi berat baby masa tu turun 100g, nurse kata biasalah tu, sebab buang air dlm badan... Tapi semalam berat dah jadi 4.6kg, naik 800g dlm tiga minggu.. alhamdulillah, yang penting Zair Iman terus membesar sebagai anak yang sihat... insyaAllah...
- Pantang kena peluk, gerenti nyenyak....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Klik je...!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...