Klik je...!!!

Rabu, 5 Januari 2011

Macamana Nak jadikan Melati Air Bangkok Lebih Subur...

Daun yang subur, lebar & menghijau seperti ini dapat hasilkan setelah dua minggu dibaja...


Sebelum aku teruskan, eloklah aku bagitau dulu yang ini bukanlah tips atau cara yang sangat betul & tepat untuk menyuburkan pokok melati air spesis bangkok ni, tapi sekadar cara & proses yang telah aku praktikkan & bolehlah kalau nak dikatakan berkesan setelah menuntut dari beberapa 'guru' di beberapa plant nursery yang aku kenal... Kalau tak silap, aku pernah bercerita pasal nak memanjangkan jangkahayat melati air... Kali ni aku nak berkongsi cara bagaimana menyuburkan spesis Melati Air bangkok pulak... Walaupun dari keluarga yang sama, caranya mungkin berbeza sikit...



Selain dari bij bunganya yang hampir kering pada tangkai, anak pokok juga boleh dapat disemai melalui anak pokok yang tumbuh disisi induknya... cuma untuk spesis bangkok ni, payah sikitlah kalau pokok kurang subur... Jangan tanya pasal daun-daun kecil yang memenuhi ruang permukaan air tu sebab itu semua bukan kehendak aku, tumbuh sendiri...




Kedua-duanya masih perlu dibaja... tapi untuk Melati Air jenis ni, tak perlulah terlalu kerap... Pada aku, sebulan sekali pun cukuplah... Atau mungkin juga mengikut jangkahayat tangkai bunganya yang menegak tu... Agak-agak semua bunga dah berkembang, bolehlah dibuangkan atau dibiarkan saje kalau nak cuba dapatkan benih baru yang boleh tumbuh dari biji bunganya yang dah kering kat tangkai tu... (tangkai & bunga spesis ni memang tahan lama, tak macam spesis melati air yang biasa tu) lepas tu buanglah daun-daun yang dah tak berapa sihat tu... masukkan air secukupnya ke dalam pasu & terus bubuh baja yang sesuai... bolehlah kalau nak ditukarkan air yang baru seluruhnya...


Ini gambar minggu lepas, sebelum ada tanda pokok ni akan berbunga...

Tangkai bunga baru ni usianya belum sampai seminggu pun sebab minggu lepas sebelum balik kampung memang tak nampak pun...Tangkai bunga yang lama masih tegak meninggi (dah hampir 3 bulan), saje aku biarkan untuk buat benih semaian buat member-member yang semakin ramai mula berjinak-jinak dalam seni berkebun ni...

Untuk melati air ni, biasanya aku guna baja kapsul sebesar bola pingpong tapi bentuknya pipih... cuma sejak beberapa bulan ni aku guna baja kimia warna putih krim berbentuk macam baja butir yang biasa tu, tapi khas untuk pokok air... Hampir tiga bulan aku guna baja ni, ok jugak... memang nampak perbezaan & berjaya menyuburkan banyak koleksi pokok air kat laman rumah ni... lepas ni, bolehlah aku mantain je dengan baja ni... Apa-apapun, yang penting pokok ni masih perlu dengan cahaya matahari yang banyak tetapi bukan direct... Nak letak bawah panas terus memanglah pokok takkan mati, tapi disebabkan terlalu panas kadang-kadang daun tua cepat menjadi kuning & kering... Yang penting jangan letakkan pokok ni di tempat yang berteduh atau redup... memang bantutlah jawabnya...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Klik je...!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...