Klik je...!!!

Selasa, 4 Januari 2011

Loropetalum Chinense... Kesayangan Kami...

Selain pokok kemboja kuning, Melati air, kockeana & beberapa spesis lain, spesis Loropetalum ni nampaknya tengah seronok berbunga hingga menenggelamkan kewujudan bunga-bunga lain...
-
Ini kisah pokok bunga hiasan kesayangan kami suami isteri... Memang sejak berkecimpung dalam dunia landskap untuk laman rumah sendiri 4 tahun lepas, inilah antara koleksi awal yang memikat hati kami berdua... Nama tempatannya fringe flower atau chinese witchhazel... Nama saintifik Loropetalum Chinense... Spesis fringe flower ni dari keluarga Hamamelidaceae... Wah saintifik betul namanya... kalau tengok rupa spesis ahli keluarganya yang lain memang hampir serupa semuanya... warna je lain... Kami panggil pokok ni pokok daun merah je, senang nak sebut, senang nak ingat...

bunganya nampak 'ringkas', tapi bentuknya memang cukup unik & memanchoorrr betul warnanya.....

Dulu-dulu kami beli pokok ni kat Sepang RM10 je... tak mahal & tak susah nak cari, rasanya kalau kita singgah kat mana-mana plant nursery pun, gerenti jumpa... kalau tak jumpa tu maknanya takde stok, bukan tak jual, sebab pokok ni memang laris & senang jaga... senang jaga..? hehehe.. cubalah sendiri...


Ni masa mula-mula beli... suka tengok daun dia, merimbun... bila makcik kat nursery tu suruh cantas, alamak!! sayangnya...

Inilah pokok hiasan terawal yang menjadi mangsa aku untuk percubaan berani membonsaikan pokok tanpa pengalaman... Berani pun lepas dapat khidmat runding pakar dari makcik kat Sepang tu... Iyelah, masa nak beli tu, makcik tu kata senang je nak buat bonsai... cantas-cantas je setiap pucuk yang ada & jadikan beberapa bola... tak lama lepas tu nanti mesti jadi cantik... "Nak dapat pokok yang cantik kenalah rajin & berani cantas".. kata makcik tu..." lagi selalu kita cantas, makin rajinlah dia berbunga"... heheheh, itulah ayat-ayat penarik & tips makcik kat Sepang tu yang sentiasa aku pegang sampai sekarang... & itu ayat hampir 4 tahun lepas.. dengar memang macam senang... Kami memang rajin berkelah di Bagan Lalang, sebab tulah selalu sangat kami singgah kedai makcik tu... Banyak dah tips-tips yang kami dapat tentang ilmu penjagaan pokok, termasuklah pokok mangga yang kami beli di situ... Disebabkan tertawan dengan pokok sample yang dipamerkan kat situ, terus kami beli pokok daun merah tu... petang tu jugak aku bonsaikan pokok tu kat rumah... kalau orang tak biasa dengan seni membonsaikan pokok bunga ni, gerenti menangis tengok...gondol aku kerjakan...


Ni gambar setahun lepas... selepas dibukak dawai-dawai yang melilit setiap dahan untuk membentuk bonsailah kononnya...kira berjayalah aku bentuk beberapa 'bola' tu, cuma kurang menarik sikit, maklumlah baru belajar... cuma tak berapa berjaya sebab tak dapat nak hasilkan bunga. Kalau adapun memang boleh kira....

Lebih kurang 2 tahun lepas aku jaga pokok tu, nak kata berjaya taklah jugak, tapi kira bolehlah... Lepas kita bentukkan beberapa 'bola' masa mula-mula mencantas dulu, kita kumpulkan beberapa dahan yang agak kecil untuk disatukan atau dibuang terus klau terlalu rapat... masa tu jugak kena ada dawai yang sesuai untuk membentuk pokok tu menjadi pokok bonsai yang menarik... yang ni terpulang pada selera masing-masing nak bentuk macamana... bab ni aku fail sikit... sikit je... lepas tu tunggulah seminggu dua, penuhlah pucuk-pucuk & daun baru... tak lama lepas tu cantas lagi pucuk-pucuk baru tu sampai tumbuh lebih banyak lagi pucuk baru... & begitulah seterusnya sampai kita nampak bentuk bebola daun dari setiap dahan tu cukup padat macam penuh dengan daun...

Bunga yang keluar dulu-dulu banyak ni jelah...

Itu cerita beberapa tahun lepas... Tak lama lepas tu, aku dapat rasakan yang aku mungkin dapat markah lulus je untuk membentuk pokok daun merah ni menjadi bokok bonsailah kononnya... tapi aku dikira gagal sebab tak pernah berjaya menjadikan pokok bunga ini berbunga lebat... nama je pokok bunga tapi tak pernah nak berbunga... Kalau ada pun tak lebih sepuluh kuntum... emmmhh, memang gagal... Kali ni aku study sikit pasal pokok daun merah ni... cari punya cari, akhirnya ohhhhhh... aku dapat jawapan, tuntut ilmu tak lengkap rupanya... tulah orang kata, kalau kita nak berguru ni biarlah lebih dari satu... baru sempurna ilmu & proses pembelajaran kita tu... Lain orang lain cara, banyak guru banyaklah pendapat & tips berbeza yang kita dengar... jadi pandai-pandailah kita nak mengumpul atau menyatukan ilmu & tips-tips tu menjadi panduan untuk kita praktikkan... barulah boleh berjaya(macam kelas motovasi pulak dah ni)....

bayangkan kalau setiap pucuk baru mengeluarkan biji-biji bunga yang bila kembang jadi macam kat bawah ni...
-
Samada aku tak tumpukan perhatian atau makcik kat Sepang tu memang tak pernah sebut aku tak pasti, tapi ada satu abang kat satu karnival landskap tahun lepas bagitau kat aku "senang je, lepas cantas semua pucuk tu, terus je bubuh baja bunga..." wah!!! semudah tu je... Sebagai menghormati pengalamannya mengusahakan plant nursery yang aku rasa berjaya(sebab selalu sangat jumpa brother ni kat mana-mana pameran landskap), serta membalas budi di atas tips mudah yang diberikan, aku pun belilah tiga paket baja, baja bunga, baja daun & satu baja kapsul untuk pokok air...
-
Inilah bunga fringe flower yang mula berkembang...

Akhirnya... setelah menunggu lebih 3 tahun untuk mendapat keseronokan & 'kejayaan' sebenar selepas 'membela' pokok daun merah ni dengan sebaik mungkin, maka doa kami dimakbulkan... Semakin hari semakin banyak bunganya yang berkembang... Kali terakhir aku cantas pokok ni kira-kira dua minggu lepas(5 hari lepas Zair Iman dilahirkan)..., lepas cantas terus aku baja & siram... hari ni macam tak percaya bila tengok pokok fringe flower kami ni berubah wajah... Alhamdulillah...

Inilah hasilnya.. ini baru sikit, belum kembang semua lagi tu...

5 ulasan:

  1. assalamualaikum. nak mintak ilmu dan tips pasal pokok ni boleh x? saya pon ade beli pokok ni.. saya bli 2 pokok tp dr lain² nursery.

    satu pokok batang coklat cerah, daun kurang lebat, nmpk kurang sihat ni saya beli dulu. pastu terjumpe yg lg satu ni nmpk lebih sihat pastu beli lg skali, batang dia kaler gelap skit, daun lebat skit, nampak lebih sihat.

    cane nak kasi dia lebat daun dulu? klu gi nursery kat area terengganu ni sll dorg jwb lebih kurang jek, suruh sye siram n baja je. tau jual tp dorg sendiri pon x brp tau tips nak jaga. skrg pokok tu da besar sikit tp sgt x cantik.. xde rupe bonsai langsung. daun pon jarang².

    pokok ni bleh ke duk tgh panas? dawai bile leh start pasang?

    BalasPadam
  2. Waalaikumussalam w.b.t..
    Boleh cuba tips ni...

    -Untuk pokok 1 (yg nmpk krg sihat), Saya cadangkan cantas semua hujung rantingnya. Kalau daun yang ada pd pokok tu nampak macam kering & tak sihat, saya syorkan lagi, petik & buang semua daunnya supaya tumbuh daun baru yang lebih segar... tau dah, memang sayang nak buat pokok kita macam tu, tapi kena yakinlah...

    -Pokok 2(yang sihat tu), cuma perlu cantas setiap hujung ranting pucuknya tanpa buang daun yang lain. kalau nak jadikan bonsai(ada bentuk bebola yang banyak) cantas lebih sikit supaya setiap kumpulan dahan & ranting nampak terpisah & berkumpulan dalam beberapa bola... bolehlah mula pasangkan dawai untuk membentuk lengkok dahan yang lebih menarik disamping memastikan setiap bebola tidak bersentuhan atau terasing... proses nak membentuk rupa bonsai ni memang ambil masa sikit... & kena rajin mencantas. (Lagi rajin kita cantas, lagi banyak pucuk batu yang keluar dengan daun yang lebih segar -itu konsepnya)..

    -Spesis ni memang perlukan 100% cahaya matahari. Maknanya wajib panas & kena rajin siram...

    - Perlu di baja sejurus dicantas sebagai penggalak daun & bunga...

    itu saje.. insyaAllah..

    BalasPadam
  3. wah.. terima kasih! :)

    nnt saya nak terus kejekan pokok2 tu. lame sgt dah sakit mate menengok nye.. hehe.. saya ni baru jugak start berkebun ni, minat ade tp ilmu kurang.

    lagi satu, dawai tu berapa lama nak kena letak kat dahan? semalam da perhati2 tu rasenye da dpt idea cane nak bentukkan batang2 tu, harap2 cantik dan sihat la jadik pokok tu lepas ni, insyaAllah...

    terima kasih..

    BalasPadam
  4. Dawai tu memang kena biarkan lama sikit.. agak-agak dahan yang dibentuk tu dah cukup keras & boleh kekal ikut bentuk yang kita nak, cukuplah... rasanya saya sendiri biarkan dawai tu lebih dari setahun... Tapi jangan sampai lilitan dawai tu tenggelam dalam kulit dahan tu sudahlah... tanda2 dah patut dibukaklah tu... lama sangat..? memanglah... kena sabar sikit kalau nak membentuk bonsai ni...

    Ada minat kira oklah... ilmu boleh cari... :)

    Selamat mencuba...

    BalasPadam
  5. salam...sy ada membeli pokok ni sudah hampir 8 bln dari nursery...berhajat nak buat bonsai..tapi tak tahu macam mn...berapakah usia pkok yg paling sesuai utk dibentuk bola2 tu ya.... t"kasih dgn kesudian kongsi ilmu...

    BalasPadam

Klik je...!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...