Klik je...!!!

Selasa, 25 Januari 2011

Semoga Ayahandaku Sihat...

Hari Sabtu lepas aku dapat panggilan tepat jam 12.30 mlm... Bila tengok skrin hp, tertera perkataan bapaku... suspen jugak, mana taknya orangtua call tengah-tengah malam... mesti ada hal penting... betul jangkaan aku, penyakit asmanya kembali menyerang ... masa tu baru sampai ke hospital Kota Tinggi katanya... boleh dikatakan kritikal jugaklah sebab ambulans yang hantar ke sana... Tak silap aku, ini kali ke 4 kena masuk wad sebab penyakit asma ni... bahaya jugak sebenarnya penyakit ni kalau tak dirawat betul-betul, maklumlah melibatkan saluran pernafasan kita...
-
Kalau ikutkan masa muda dulu, tak pernah sekali pun diserang penyakit ni.. tapi bila dah masuk usia emas ni, tak henti-henti pulak diserang.. Orang kata penyakit ni kalau dah sekali datang kat kita, memang susahlah nak hilang atau sihat & pulih sepenuhnya... & boleh jadi penyakit keturunan... kena standby inhaler sepanjang masa... masuk hari ni, dah 3 malam duduk dalam wad... kesian pulak dekat mak yang terpaksa bermalam sekali kat wad tu. Iyelah, sebagai tanda kasih & teman yang setia di kala susah & senang setelah 40 tahun hidup bersama, tentu takkan sanggup nak berjauhan walau sehari... betul tak..?
-
Pagi tadi doktor kata asmanya dah kurang & mungkin esok dah boleh balik ke rumah... alhamdulillah, Apa-apapun aku berdoa semoga penyakit ayahandaku segera surut & kesihatannya kembali pulih, insyaAllah....
-
Semoga segalanya di permudahkan Allah...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Klik je...!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...