Klik je...!!!

Jumaat, 21 Januari 2011

Lagi-Lagi Cerita Mangga...



Bukan main seronok kakak Jihan dapat petik buah mangganya yang dah kuning...
-
Tak tau apa yang seronok sangat... kali ni aku nak bercerita lagi pasal pokok mangga depan rumah aku tu... Sorrylah ye, bukan tujuan nak menunjuk-nunjuk atau membangga diri cuma mungkin inilah cara untuk aku mengekspresikan sedikit rasa gembira dalam hati...

Sedang eloklah ni untuk dipetik...

Pokok mangga yang aku tanam ni memang takde musim tertentu sebab berbunga & berbuah tak putus-putus sepanjang tahun... & disebabkan itu aku tak boleh nak bubuh baja sebab takut bunga atau putik buah menjadi panas, kering & gugur... bukanlah hebat sangat pun, kalau ikutkan pokok-pokok mangga jiran lain kat taman perumahan ni bila tiba musim berbuah tu, lagi lebat & melayut-layut buahnya, memang jealous kalau tengok... tapi itu rezeki diorang... walaupun buah kat pokok ni tak lebat mana, syukur alhamdulillah sebab yang penting dapat merasa buah yang kita tanam sendiri... Ni kira macam kes pengail yang dapat makan ikan yang dipancing sendirilah... walaupun tangkapan tak seberapa, tapi bila mata kali mengena tu, memang seronoklah perasaan masa tu...
-
Inilah hasil tuaian kami yang baru selamat dipetik...

Sejak kejadian buah sebijik buah manggaku dirampok maling beberapa minggu lalu (sebijik je pun nak kecoh), pokok mangga ni semakin ligat berbunga... Alhamdulillah sebab mengikut perkiraan anak-anak aku yang dah bijak menghitung walaupun belum ke tadika, tak kurang 15 biji yang lekat & menjadi... (15 biji je, apalah nak dibanggakan ye tak..? jiran lain kat hujung jalan sana tu segugus je dah lebih 5 biji...) InsyaAllah, aku dah niat untuk sedekah buah-buah yang ada kat pokok ni kepada jiran-jiran terdekat buat merasa... Lepas tu bolehlah diorang semua tolong doakan supaya pokok mangga ni akan berbuah lebih lebat lagi... bila buah makin lebat, bolehlah diorang merasa lagi..... :)



Menunggu hari untuk dituai...

6 ulasan:

  1. As salam.. buah mangga ni jenis apa ye? nanti saya nak beli anak pokok jugak untuk tanam depan rumah :)

    BalasPadam
  2. Eeeerr, susah saya nak jawab ni.. Ikutkan saiznya, besar sikit dari mangga epal... Kalau ikutkan kata makcik pemilik nursery tempat anak pokok ni dibeli, pokok ni jenis mangga kelapa, pelik jugak sebab itulah first time dengan nama tu... jadi bila sesape tanya, saya jawab je mangga kelapa.. kalau makcik tu silap, maknanya kita pun silaplah ni... cubalah tanya2 sikit masa nak beli tu...

    BalasPadam
  3. Saya dah lama mencari benih pokok nih. Boleh minta benih/anak pokok?

    Nama dari kecik saya kenal pokok nih 'Maragua' (ejaan camni kot sebab bunyi camtu).

    BalasPadam
  4. adakah pokok mangga kelapa ini akan membesar hingga menjadi masalah jika ditanam di tepi rumah..? takut2 nanti retak2 semua simen...

    ataupun pokok ni jenis yg kecil dan rendang shj?

    BalasPadam
  5. Website paling ternama dan paling terpercaya di Asia
    Sistem pelayanan 24 Jam Non-Stop bersama dengan CS Berpengalaman respon tercepat
    Memiliki 9 Jenis game yang sangat digemari oleh seluruh peminat poker / domino
    Link Alternatif :
    www.arenakartu.cc
    100% Memuaskan ^-^

    BalasPadam
  6. Website paling ternama dan paling terpercaya di Asia
    Sistem pelayanan 24 Jam Non-Stop bersama dengan CS Berpengalaman respon tercepat
    Memiliki 9 Jenis game yang sangat digemari oleh seluruh peminat poker / domino
    Link Alternatif :
    www.arenakartu.cc
    100% Memuaskan ^-^

    BalasPadam

Klik je...!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...