Klik je...!!!

Khamis, 6 Januari 2011

Pokok Sarang Burung...

Hai!, umur saya baru 4 tahun 2 bulan, pokok ni pulak dah lebih 10 tahun, sebab itulah dia lebih besar dari saya...

Ini pokok Sarang Burung... ada yang panggil pokok Langsuir/Langsuyar... ada jugak panggil pokok Sakat... tak kisahlah... macam-macam jugak aku dengar & baca pasal pokok ni, terpulanglah pada pendapat & kepercayaan masing-masing... Nama saintifiknya Asplenium Nidus dari keluarga Aspelniaceae... Ada yang mengaitkan pokok ni dengan tempat tinggal langsuir, tapi bagi aku, selagi tujuan kita menanam atau meletakkan pokok tu dengan tujuan/niat sekadar hiasan yang memenuhi kehijauan laman rumah, aku rasa takde salahnya... Yang mungkin ada terfikir benda lain tu, aku tak taulah... lagipun pokok ni tak susah nak tanam atau menjaganya... lasak & boleh hidup lama walau tak dijaga pun...


Tengoklah saiz pokok ni berbanding Hafiy... memang besar punya....

Pokok Sarang Burung ni dah lama hidup subur kat rumah orangtua aku di kampung... dulu dok belakang rumah je, tapi bila dah semakin besar, subur & nampak semakin cantik, dipindahkan lokasinya ke laman depan.... banyak jugak penghuni kampung tu yang menjadikan pokok ni sebagai penyeri laman, maklumlah senang dapat sebab keliling kampung kelapa sawit...


Sempat pulak dia berposing...

Kebanyakan pokok ni biasanya tumbuh sendiri & bukan di tanam... kalau kita pergi ke ladang-ladang sawit tu, memang melambaklah, kiri kanan atas bawah semua boleh jumpa... cuma nak ambil untuk disemai ke rumah tu, aku tak pasti... lebih-lebih lagi bila kita tahu nama pokok ni Langsuir... boleh naik bulu roma kalau tak kuat semangat.... ada jugak plant nursery yang jual pokok ni, tapi jarang, sebab pokok ni memang biasanya tumbuh sendiri pada batang pokok besar atau dalam pasu pokok bunga lain... kira pokok menumpanglah ni... ada jugak dua tiga pokok kat rumah aku yang tumbuh sendiri je... agak-agak besar, terus aku letakkan dalam pasu untuk hiasan laman... Dengan daunnya yang lebar, panjang & mencapah tu, pokok ni memang cantik & sesuai untuk hiasan laman seperti siarkaki atau kolam hiasan... sesuai untuk rumah yang mempunyai laman yang luas...

1 ulasan:

  1. Website paling ternama dan paling terpercaya di Asia
    Sistem pelayanan 24 Jam Non-Stop bersama dengan CS Berpengalaman respon tercepat
    Memiliki 9 Jenis game yang sangat digemari oleh seluruh peminat poker / domino
    Link Alternatif :
    www.arenakartu.cc
    100% Memuaskan ^-^

    BalasPadam

Klik je...!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...