Alhamdulillah, pokok manggaku berbunga lagi... harap-harap dapat berbuah lebih lebat dari sebelum ni, insyaAllah.... Bolehlah sedekah lagi kat jiran-jiran lain yang belum merasa... Pokok ni kalau berbuah tak sampai 10 biji, tapi tak putus-putus... cuma bila dah besar & berat biasanya nampaklah buah mangga tu melayut je... kalau pokok ni bukan aku punya, aku pun geram bila tengok... ada jugak dua tiga jiran yang selalu tanya -"mana buah mangga, tak masak lagi ke...?" walaupun sekadar bergurau, faham-fahamlah kalau dah hidup berjiran ye tak... :)
Blog ini hanya sekadar catatan ringkas berkaitan pengalaman, penghayatan & penghargaan peribadi terhadap kesempatan hidup yang dianugerah oleh Allah s.w.t... Sekadar coretan tentang keindahan alam, famili, laman, D.I.Y & segala yang berkaitan dengan kehidupan sendiri... untuk dikongsi...
Terima kasih kepada semua pengikut, pengunjung & pembaca inspirasialam... Semoga kalian tidak jemu untuk berkunjung lagi... Sebarang info & maklumat, imej atau rekabentuk(walaupun tak seberapa), terutama yang berkaitan dengan koleksi laman & DIY yang ditunjukkan dalam blog ini adalah untuk dikongsi... Tiada halangan untuk menggunakannya samada ditiru sepenuhnya, copy paste atau diubahsuai... sudah tentu tiada bayaran dikenakan, asalkan diberi sedikit penghargaan... & yang penting ada nama & link kepada inspirasialam supaya mudah diakses oleh kawan-kawan lain yang mungkin mencari info yang sama atau yang berkaitan... Terima kasih....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan