Klik je...!!!

Jumaat, 16 Oktober 2009

Setenang Air di Kolam...




Tak sempurna rasanya taman yang dipenuhi dengan kehijauan pokok tanpa desiran air di kolam yg menjadi tempat bermain ikan-ikan hiasan. Untuk aku, tak lain tak bukan mestilah ikan koi. Bukan apa, sejak dibangku sekolah sampai sekarang ni dah selalu sangat terpandang kolam-kolam hiasan di nursery2, rumah2 & pejabat2, kebanyakannya dihuni oleh kan koi ni. So, mungkin dah terlekat dalam fikiran, ikan koi ni ikan wajib untuk kolam-kolam hiasan dalam taman...

Untuk projek kolam ikan ni, aku plan nak buat secara pakej. Mula2 aku ingat nak gunakan kemahiran aku 100% untuk hasilkan kolam ni. Tapi, suatu hari aku & famili cuci mata di Kompleks PKNS Shah Alam, kami terjumpa satu gerai pameran perabot2 taman mcm pergola & kolam ikan. Kebetulan masa tu aku memang beriya-iya nak buat kolam, jumpa pulak gerai yg tengah buat promosi... apa lagi, sambar jelah....Maksudnya aku masih perlu sediakan dek & awning dengan tangan sendiri. satu cabaran baru untuk aku...

Mcm biasa. Aku gunakan kayu Resak untuk projek perkayuan & petukangan ni...

Inilah antara proses2 yang terpaksa dilalui... Mula2 ikat batu dinding untuk mengelakkan sebarang gangguan ke rumah jiran sebelah. sebahagian pokok2 yang ada terpaksa dikorbankan... Pokok buluh pulak kenalah dipindahkan..



Bila dinding dah naik, aku naikkan awning yang serba ringkas. Sesuailah dengan taman mini kami ni. Payah jugak nak naikkan sebab buat sorang2... Sengaja aku naikkan dulu awning ni sebelum buat dek supaya dapat aku buat kerja seterusnya dalam cuaca yang redup. Redup sikit je sebab guna polycarbonate. Aku guna material ni sebab lut sinar. Cahaya masih boleh masuk untuk kesihatan pokok...

Dah siap dek, apalagi... aku letakkan terus set kolam yang aku beli...



Macam biasalah... tak sah kalau takde pokok hiasan di kolam ni.. aku pun takde masalah dengan pokok2 ni sebab semua koleksi pokok memang dah tersedia....


Inilah hasilnya..... Bolehlah jadi tempat aku relaks & lepak2 dengan isteri & anak2 bila balik ofis atau menghirup udara malam...


Aku masukkan anak ikan koi dalam 10 ekor. Beli kat KL. Dalam 6 bulan aku dah rasa kolam ni mcm tak cukup ruang sebab ikan2 ni sihat2 & cepat membesar... Mungkin aku kena fikirkan sesuatu lepas ni...

3 ulasan:

  1. salam.. berapa harga set kolam tu, teringin nak beli satu

    BalasPadam
  2. Salam, TQ kerana sudi follow & menjengah inspirasi alam... Set kolam ni harga promosinya RM1200... Tak tahulah harga sekarang ni, boleh jadi lebih murah atau mungkin juga lebih mahal... tapi harga lebih kurang gitu je lah rasanya....

    BalasPadam
  3. beli kat area mana ya kolam tu ...

    BalasPadam

Klik je...!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...