Klik je...!!!

Jumaat, 6 November 2009

Burung Terbang Bebas

Ini kisah bunga Bird of paradise yang aku beli & tanam 3 minggu lepas... Setiap hari aku perhatikan, bermula dengan kuntuman berbentuk tajam seakan 'Millenium Monument Putrajaya' sehinggalah setiap kelopaknya yang seakan sayap burung cenderawasih berkembang mekar... Untuk pastikan aku tak terlepas pandang setiap per'kembang'an bunga ini, aku pun tangkaplah gambarnya setiap hari dalam masa seminggu. Mungkin benda biasa untuk orang lain, tapi bagi aku ianya menerbitkan satu kepuasan & keseronokan. Selain kepuasan menunggu terbitnya kelopak bunga ni muncul satu persatu, kalau direnung pada namanya -Bird of Paradise, & juga bentuknya yang seakan burung, ia mencerminkan satu suasana seakan seekor burung yang sekian lama terperangkap dalam suatu keadaan, yang akhirnya mendapat sepasang sayap untuk terbang bebas... hehehe..
-
Ini rupa masa minggu pertama. Mula-mula memang rasa tak sabar nak tengok bunga ni berkembang macam yang biasa nampak dalam gambar. Dari sehari ke sehari boleh nampak bunga ni semakin tinggi dan membesar, maklumlah tak pernah miss membelek setiap petang.
-
Masuk minggu ketiga keluar satu line kuning, & bentuk runcing ni membengkok sedikit. Dua hari lepas tu keluarlah sayapnya yang pertama seperti gambar kat bawah ni.
-
bertambah seronok lagi sebab bukan satu, tapi tiga bunga berkembang sekaligus... Hasil belekan yang aku buat sebelum ni, nampaknya ada dua tiga lagi kuntum bunga yang bakal keluar..
-
Aktiviti berkebun sememangnya dapat menghilangkan segala tekanan setelah seharian di pejabat. Lepas waktu kerja, biasanya aku bergegas untuk pulang ke rumah. Selain tak sabar untuk bertemu isteri & anak-anak, aku juga tak sabar untuk membelek setiap tanaman di taman mini aku. Akan aku perhatikan setiap pokok yang ada. Mana yang keluar tunas & anak baru atau yang mula nak berbunga dapatlah perhatian lebih sikit(macam jaga orang jugak). Kerja aku setiap petang mestilah menyiram pokok. Lepas tu mencantas mana-mana daun yang kuning atau layu, membonsaikan pokok yang perlu, menyemai pokok-pokok yang membiak. Lepas siap temujanji & puas 'berborak' secara rohaniah dengan semua pokok-pokok, aku buat temujanji pulak dengan ikan-ikan koi yang sedia menanti di kolam... bagi makan, cuci /tukar penapis, tambah air jika perlu, lepas tu bercakap dengan ikan masa mereka2 semua tengah sibuk menganga mulut nak makan. Bukan apa, saja pesan, makan pelan-pelan...

2 ulasan:

  1. Tumpang tanya..saudara tanam di pasu atau tanah?

    Bagaimana penjagaannya?

    Terima kasih.

    BalasPadam
  2. Tanam di pasu... pokok ni tak berapa sesuai dengan cuaca panas... pokok berbunga memang perlukan matahari, tapi spesis ni perlukan persekitaran dengan suhu sederhana seperti Cameron Highland....

    BalasPadam

Klik je...!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...