Klik je...!!!

Selasa, 24 Ogos 2010

Ramadhan Tiba Lagi...


Alhamdulillah, Ramadhan tiba lagi. Buat orang biasa-biasa macam kami suami isteri, Ramadhan kali ni kami sambut sama seperti tahun-tahun sudah. Cuma beza sikitnya tahun ni, kami hampir dah uruskan semua persiapan Aidilfitri sebab taknak masa terluang yang ada terutama dihujung minggu, terbuang dengan persediaan raya yang mungkin meletihkan. Terutama buat isteri aku yang dah pun masuk bulan ke 5 dua minggu lepas... Sekurang-kurangnya kalau kami tak keluar kemana-mana, kuranglah sikit duit yang dibelanjakan selain dapat berehat & melakukan kerja-kerja ringan di rumah...

Ramadhan tahun ni jugak, kami dapat berjimat sikit. Inilah tahun pertama sejak kami berkahwin genap 6 tahun lepas(21Ogos lalu), kami berbuka setiap hari dengan juadah yang dimasak sendiri di rumah. Macam kelakar, tapi ni perkara serius... :) Setelah hampir dua minggu, hanya sekali dua kami singgah sekejap ke pasar Ramadhan, itu pun sebab baby dalam perut teringiiiiin sangat nak makan kuih buah melaka.(itu kata ibu kepada si baby tu lah) & kali kedua pulak sebab tiba-tiba hari tu suami kepada ibu baby tu teringiiiin nak makan popia basah... jumpa jugak, tapi bukanlah orang sama yang menjualnya tahun lepas....

Wife aku kata, situasi kami di dapur setiap petang lebih kurang macam dalam hell's kitchen (rancangan memasak kelam-kabut tu). Aku tak perasan pulak.. Mana taknya, tiap petang kami berdua akan menjalin usahasama & berpadu tenaga menyiapkan hidangan berbuka dengan menu yang baru dipersetujui dalam perbincangan kat kereta masa balik kerja... Kami start masak pukul 6.15. Pukul 7.00 siaplah semua... sekejap je, itu yang kelam-kabut, bersilang tangan, berlaga bahu, himpit-menghimpit.. tu biasalah.... Biasanya kami sediakan dua atau tiga lauk... Kami ni bukanlah kaki makan, kaki masak atau chef, tapi sejak minggu lepas baru kami perasan yang kami berdua memang ada persamaan.. kami boleh memasak..!!! :) Antara hidangan yang pernah kami sediakan untuk berbuka termasuklah rendang daging, ikan bakar, ayam goreng kunyit & goreng tepung, sambal tempe jawa, sayur goreng, mee goreng mamak, Ikan pais, lala masak pedas & macam2 lagi.. Kalau tengok senarai menu, semuanya jenis yang simple je... tak kisahlah, yang penting air tangan sendiri.. Kuih-muih bukan dalam menu harian kami sebab lauk-pauk yang kami sediakan ni pun cukup untuk kami bawa sampai ke sahur, so takdelah membazir...Pernah sekali tu kami buat karipap kentang & sardin. Sampai waktu berbuka, semua tak pandang sebab dah kenyang makan nasi... makan lepas terawihlah jawabnya...


Teringat satu tazkirah minggu lepas... Ada disebut "seelok-eelok juadah yang kita ambil semasa berbuka biarlah yang disediakan oleh mereka-mereka yang sempurna solat & puasanya".. Macamana kita nak tahu solatnya sempurna? tepuk dada tanya selera... Bagi aku bukan saja hidangan untuk berbuka puasa je, hari-hari biasa pun sebaiknya kita tahu sumber makanan yang kita ambil... Kekadang ada eloknya kita bawa bekal bila ke sekolah atau ke tempat kerja...


Apa-apapun, Selamat menjalani Ibadah Puasa dengan penuh Ketaqwaan & Kesabaran... InsyaAllah, moga segala ibadah kita dapat dilakukan dengan sempurna, diredhai & diberkati Allah...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Klik je...!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...