Klik je...!!!

Isnin, 2 Ogos 2010

Sibuk Nak Sambut Ramadhan atau Nak Sambut Syawal...?

Mungkin Dah Jadi Budaya Kita sejak dulu... Masuk Bulan Puasa je mulalah sibuk. Macam-macam nak dibuat, nak dibeli, nak disediakan... Majoritinya lebih sanggup menempuh kesesakan & bersusah payah untuk membuat apa saja yang belum tentu sanggup dilakukan pada hari-hari biasa... mungkin sebab sebelum masuk Ramadhan, orang kata mood raya tu kurang terasa lagi, atau mungkin memang langsung tak terasa pun. Tapi bila masuk Ramadhan je, masa tu lah teringat nak siapkan semua benda. Bagi kaum hawa aku percaya, kebanyakan tempahan baju dah dibuat awal-awal, ok lah tu sebab biasanya tempahan baju memang dah ditutup dua tiga bulan sebelum Ramadhan lagi... Untuk mereka-mereka yang buat bisnes biskut & kuih raya, sebulan sebelum Ramadhan biasanya dah mula cari tempahan-tempahan. Eloklah tu, rezeki sampingan... Aku pun ada juga cita-cita untuk berniaga, tapi bukanlah bisnes kuih raya, & bukan dalam masa terdekat ni... Seronok sebenarnya tengok orang berniaga.. satu kepuasan walaupun mencabar..

Kalau tak silap, ada kurang seminggu lagi untuk kita menyambut Ramadhan.. Masalahnya, berapa ramai dari kita yang dah buat persediaan Ramadhan...? Atau memang tak pernah ada persediaan,-macam aku.. Selain melunaskan hutang-hutang puasa, melakukan puasa-puasa sunat, membuat majlis kenduri tahlil atau doa selamat sempena Ramadhan, apa lagi persediaan yang perlu...? kena kaji tu... -aku memang respect pada mereka-mereka yang rajin buat puasa sunat isnin khamis. Ada juga kenalan aku yang buat puasa sunat selang sehari sepanjang tahun...

Bagi aku sekeluarga, persiapan menyambut Ramadhan & Syawal (dua-dua sekali) tahun ni biasa je, sama macam tahun-tahun sebelum ni . Cuma kali ni persiapan raya kami buat awal sikit. Baju raya dah selamat kami beli, sesetengah perabot dah pun kami ganti(bukan ganti pun, tapi mengisi ruang tamu yang macam kosong & tak terisi)... langsir rasanya, masih elok & boleh dicuci... yang tinggal kuih raya je, itu pun dah order awal-awal lagi... Kali ni persiapan awal sikit, sebab takut isteri kesayangan aku ni tak larat nak meronda-ronda untuk shopping baju & kuih raya bulan puasa ni. So, bagi memastikan Ramadhan kami kali ni berjalan lancar, tenang & tiada situasi tegang atau kelam kabut yang bakal tercetus dari kesesakan & kesibukan orang ramai, awal Syaaban lagi kami dah settlekan hampir kesemuanya... :) banyaklah masa yang dapat kami peruntukkan untuk beribadat nanti... hehehe... Terawih dah tentu, insyaAllah... sebab surau depan rumah je...


Ramadhan tahun ni kami cuba nak sambut dengan suasana rumah yang sama macam kami nak sambut raya nanti. Sekurang-kurangnya kudrat yang ada dapat ditumpukan pada perkara-perkara lain di rumah & tak perlu menempuh kesibukan atau kesesakan... Penat juga sebulan dua ni membuat persiapan yang perlu. Bajet raya memang kami dah ketepikan sejak awal tahun lagi... Agak-agak dah cukup tu, sempatlah kami luangkan masa Ke Bangi, Jalan Masjid India, Jln TAR, JUSCO, Nilai 3 & dua tiga tempat lagi... -nampak macam shopping sakan ye tak..? tapi takde pun, beli mana yang perlu je. Sibuk berjalan & cuci mata ni pun bukan apa, saje nak bagi 'terapi' buat isteri & anak-anak yang gerenti sihat & cerah mata bila berjalan-jalan ke tempat membeli-belah ni... -hilang segala lenguh & sakit-sakit badan... aku pun tak faham....

Kesimpulannya di sini, aku sendiri tak pasti... kami ni sebenarnya sibuk buat persediaan nak sambut Ramadhan atau persiapan nak sambut syawal...? tak kisahlah, sekurang-kurangnya persiapan yang ada & suasana baru rumah kami untuk sambut Ramadhan ni dapat memberikan mood yang lebih baik untuk kami menjalani ibadah di bulan puasa ni dengan lebih tenang & sabar... insyaAllah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Klik je...!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...