Macam-macam aktiviti & pameran disediakan... Kira rugi jugalah kalau tak datang, tapi sebelum berkunjung ke sini, pastikan kita dah selidik dulu peta laluan masuk, kawasan parkir, laluan trem & lokasi aktiviti/pameran yang nak kita tuju tu... kalau tidak memang sebahagian masa nak ke karnival ni nanti habis untuk perjalanan je... biasalah, kalau ada apa-apa karnival besar kat Putrajaya ni, jalan memang akan sesak & kalut sikit sebab kebanyakan pengunjung luar tak berapa biasa dengan jalan ke Persiaran Perdana sepanjang presint 2, 3 & 4 ni....
Laluan sepanjang Persiaran Perdana dari masjid sampai ke PICC hampir dipenuhi dengan khemah aktiviti, pameran & jaulan... emmmh, nampak macam ada funfair je kat hujung tu... bolehlah bawak anak-anak.... :)
Untuk memudah sedikit, aku sediakanlah beberapa link yang mungkin dapat membantu... ok...-Laman web utamanya: http://www.haribelianegara.org.my/
-Segmen aktivitinya : http://www.haribelianegara.org.my/?page_id=1130
- Laluan masuk Ke Putrajaya :http://www.haribelianegara.org.my/wp-content/uploads/2011/05/laluan_masuk.gif
Tiada ulasan:
Catat Ulasan