Klik je...!!!

Jumaat, 24 Jun 2011

Jom Deko.... Dinding Ruang Tamu...



Kali ni aku nak mendeko dinding ruang tamu yang aku rasakan masih ada ruang untuk diberi nafas baru.. Deko kali ni melibatkan sedikit kerja-kerja DIY... Sebelum ni dinding ruang tamu aku hiaskan dengan 3 lukisan alam semulajadi berbingkai hitam yang kami beli di Ikea kira-kira 5 tahun lepas.... Tahun lepas pulak aku gantikan dengan 3 lukisan abstrak yang aku beli kat Laras Anjung, Nilai... Tapi macam tak berapa sesuai sebab nampak lukisan -lukisan tu terlalu besar untuk ruang tamu kami yang agak kecil...




Dekorasi kali ni aku gunakan kayu berukir (kerawang) yang aku beli di Nilai 3... Dah lama dah kami berminat dengan kayu-kayu berukir yang dijual kat Kedai-kedai Kraftangan Sarawak tu... tapi tak ada idea macamana nak menghiasnya kat dinding atau rumah... Jadi hari tu, bila nampak sekeping kayu berukir siap berbingkai yang dijual, aku dapat idea macamana nak jadikan dekorasi tu lebih menjimatkan & lebih nampak kreatif dari segi persembahan pada dinding... So, tak perlulah aku beli kayu berukir siap bingkai yang harganya mencecah RM250++.... tapi, aku beli dua keping kayu berukir lain yang juga berbentuk kerawang tanpa bingkai yang harganya jauh lebih murah... saiznya pulak jauh lebih panjang...




Dengan sedikit kreativiti & inovasi... hehehe... aku cuba fikirkan penampilan dekorasi dinding yang lebih ringkas, menarik & nampak kelainan... tak kisahlah kalau ianya hanya menarik di mata aku sahaja, tapi sekurang-kurangnya aku puashati sebab ia melibatkan sedikit projek DIY yang dah lama aku tinggalkan...




Aku cuba buatkan bingkai buat kepingan kayu kerawang ni... Bahannya mudah je, aku cari dua batang kayu 2 X 1 inci sepanjang 8 kaki kat hardware berhampiran... kos untuk kayu lebih kurang Rm10 sahaja... potongkan mengikut ukuran yang tepat.... cantumkan dengan beberapa skru & kemudian catkan dengan warna perabot laman rumah kami yang masih ada dalam simpanan... bila cat dah kering, gantungkan terus kat dinding mengikut kedudukan seperti bingkai gambar sebenar...




Bila dah digantung, kombinasi kesemuanya kelihatan seperti satu bahan dekorasi dinding yang memang wujud dalam satu set, padahal tiga-tiga elemen ni tidak bercantum antara satu sama lain.... mudahkan.... nampak dinding lebih kemas dengan sentuhan elemen kemelayuan....







Untuk sesiapa yang berminat, kayu berukir ni aku beli kat kedai Sarawak di Nilai 3 hujung minggu lepas... Kalau tak silap, Ada 4 kedai barang kraftangan Sarawak kat Nilai 3 tu, kenalah survey2 dulu harga sebelum membeli... harga dijual adalah berdasarkan saiz... jadi pilihlah mengikut budget, kesesuaian & citarasa...











*Mata masih tak mengizinkan untuk aku menatap skrin lap top ni terlalu lama... 15 -20 minit pun dah rasa pedih.. rasanya 3 atau 4 hari lagi atau mungkin seminggu lagi baru boleh pulih sepenuhnya.... paling kesian kat anak bujang aku Hafiy, walaupun dah seminggu, matanya masih tak sembuh, hari ni langsung tak dapat nak bukak mata.... semoga kami cepat sembuh, insyaAllah...

8 ulasan:

  1. wahh...menarik sekali...

    BalasPadam
  2. Menarik !!

    Sila layari blog kraftangan kami :

    http://rohanacraft.blogspot.com/

    BalasPadam
  3. cantik.... adakah cat yg guna tu yg sdr bgtau seblm nih... cat nippon warna meranti?

    ingin tau? adakah sesuai guna cat atau syelek utk perabot meja makan dan jenis cat warna kehitaman utk pergola/gazebo? terima kasih atas nasihat...

    BalasPadam
  4. Salam, terima kasih semua :) .....

    -Raf Han.... tentang cat, memang betul saya gunakan cat nippon warna meranti tu...

    Untuk perabot dalaman, rasanya kurang sesuai kalau gunakan cat kilat biasa... boleh tanyakan tauke kat hardware cat varnish jenis apa yang selalu diguna untuk cat perabot atau pintu..

    Tiada masalah dengan cat warna gelap atau kehitaman untuk perabot laman... asalkan seragam & kena dengan konsep...

    BalasPadam
  5. cantiknya..bpe rm kayu berukir tu?

    BalasPadam
  6. Sorry, harga tak berapa nak ingat... tapi agak berpatutan...

    BalasPadam

Klik je...!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...