Klik je...!!!

Jumaat, 7 Oktober 2011

Oh, Zair Dah Besar Rupanya...

-
Kebelakangan ni, entri dalam inspirasi alam macam banyak pulak bercerita pasal anak-anak... Lebih-lebih lagi tentang si kecik ni -Zair Iman.... Hehehe takpelah, asalkan ceritanya masih berkisar tentang famili atau kehidupan kami sekeluarga, kira masih tak lari dari tujuan asal terbinanya blog inspirasi alam ni...
-
Pantang nampak gambar dia dalam cermin, mesti tersengih sorang-sorang...
-
::Rutin harian setiap petang & malam:: -Menyepahkan rumah dengan barang mainan
-
Kali ni aku nak paparkan beberapa imej yang aku rasa menarik untuk disimpan dalam diari maya aku ni... Yelah, nak print gambar lepas tu simpan dalam album memang takde dah, so ini jelah caranya mengabadikan gambar-gambar kenangan macam ni...
-
Dah pandai mengajak kakak Jihannya bergurau & bermain sama-sama...
-
Kelmarin, kami hantar Zair Iman gi checkup untuk 10 bulan, alhamdulillah.... mengikut track yang betul... Zair sekarang makin cerdik, aktif & semangat... banyak belajar dari pemerhatian.... semakin seronok bergurau & pandai membuat aksi-aksi yang membuatkan orang sekeliling seronok melayannya....
-
Bergaya depan kamera memang kepakaran no. 1 Zair... hehehe...
-
Bila tengah seronok bermain tu, Zair tak kisah pun kalau dibiarkan sorang-sorang... tapi setiap petang bila aku sibuk 'melayan' pokok-pokok kat laman, dia pun nak join sekali... paling seronok kalau dapat main air untuk siram pokok....
-
Kecik-kecik dah rajin nak tolong menyiram pokok...
Oh, Zair dah besar rupanya... Semoga zair terus membesar manjadi anak yang sihat, cerdik, pintar & soleh...
-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Klik je...!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...