Klik je...!!!

Selasa, 11 Oktober 2011

Santai Petang Sabtu...


Dua 'kejadian' petang Sabtu yang memang tiada dalam rancangan hujung minggu kami... Kejadian pertama -Jejalan ke Karnival Komuniti kat Paya Indah Wetland... Ini kali kedua kami jejakkan kaki ke kawasan Wetland ni... saje nak tahu apa yang menarik tentang Karnival Komuniti yang diuar-uarkan hingga ke peti surat kami... Memandangkan tempat tu takdelah jauh sangat dengan rumah, so awal petang tu tetiba terfikir nak menjenguk sekejap, manalah tahu ada yang menarik....

Kami sampai jam 2 ptg, dalam setengah jam habis dah semua gerai kami lawat.. ok lah, cuma Paya Indah Wetland ni agak terpencil sikit, jadi takdelah ramai sangat pengunjung... mungkin esoknya lebih meriah sebab ada perasmian karnival tapi, aku pulak kena bertugas kat ofis, so tak dapatlah kami kesana untuk keputusan hadiah cabutan bertuah... hehehe, takpe....
Kejadian kedua... -Lepas meronda tu duduk-duduklah sekejap sambil bergambar, tak lama lepas kami pun beredar... Masuk-masuk je dalam kereta, tiba-tiba pulak aku macam teringin nak menjamah sotong bakar kat Pantai Morib.... Ni semua gara-gara penglibatan aku & rakan-rakan pejabat yang bertugas kat Dataran Pantai Morib bulan lepas untuk satu pameran sempena lawatan SPB Yang Dipertuan Agong... Nampaklah ada gerai Sotong Bakar Morib kat situ, tapi sebab sibuk bertugas, takdelah sempat nak menjamah.... Jadi petang tu, puaslah kami makan sotong bakar Morib tu.... hehehehe....
Tak sempat kami nak rakamkan gambar sotong bakar, sebab bila dah terhidang depan mata, kami cuma ingat nak makan je..... hehehe...
-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Klik je...!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...