Cuti sekolah ni, sempatlah kami 'bercuti' balik ke kampung hampir seminggu... Semenjak anak-anak masuk alam persekolahan ni, musim cuti sekolah jelah yang sesuai untuk kami balik ke kampung atau bercuti, sebab seboleh-bolehnya tak mahu anak-anak ponteng sekolah, rugi.... hehehe...
Jihan dengan kawan-kawan baru memulakan aktiviti.....
Jihan yang paling seronok.. Selain dapat balik kampung, hari ni ada lagi aktiviti untuk anak-anak staff kat ofis ibunya... -Fun With Library... Dari MMS yang diterima oleh 'wartawan ' kami di sana, nampaknya semua aktiviti tu amat menyeronokkan & memang kena sangatlah dengan citarasa Nur Jihan... -potong-potong kertas, tampal-tampal gambar, mewarna, buat kraftangan & macam-macam lagi.... Jihan pun ada bagitau dia seronok dapat kenal kawan-kawan baru... Tak sangka pulak ada aktiviti macam ni, memang bagus untuk memenuhi masa terluang anak-anak dalam musim cuti ni...
Cantik tak...?
Awal minggu lepas, masa borak2 lepas sarapan pagi dengan member-member ofis, adalah keluar sikit pasal cerita anak-anak & pengalaman cuti sekolah... ada lah sorang member ni keluarkan satu ayat (yang juga dipinjam dari kata-kata orang lain), cuti sekolah ni sebenarnya amat menyeronokkan bagi anak-anak 12 tahun ke bawah... Tapi keseronokan tu bergantung pada perancangan kita... Kenalah pandai plan aktiviti atau percutian yang betul-betul meninggalkan kesan/pengalaman/keseronokan buat anak-anak yang baru memasuki alam persekolahan/masih bersekolah rendah ni... Kenapa untuk 12 tahun ke bawah!!? sebabnya majoriti anak-anak dalam lingkungan umur 5-12 tahun ni hanya 'dihidangkan' dengan suasana rumah & bilik darjah sahaja selama hari persekolahan, berbanding murid-murid sekolah menengah ke atas, yang sudah pandai 'membawa diri' untuk ke mana je... Jadi, bila tiba cuti sekolah akan datang, rancanglah kegiatan/aktiviti cuti sekolah anak-anak dengan 'keseronokan cuti sekolah' yang sepatutnya...
Pantang nampak, mesti nak naik..... ni gambar kat JB hari tu....
Zair ni memang kaki bola... tak kira kat mana pun mesti nak ada bola.... balik kampung pun nak main bola jugak... Tengah berpeluh main bola sempat jugak dia berposing...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan