Klik je...!!!

Selasa, 16 Mac 2010

Operasi Membaja...

Dua minggu lepas, semasa berkunjung ke Karnival Industri Landskap di Bangi, selain membeli & mencari idea-idea baru menghias landskap, sempat juga aku beli tiga jenis baja dari salah sebuah gerai jualan yang memang menjadi tumpuan. Tiga jenis tu termasuklah baja bunga, baja pokok air & baja pokok ros.

Tanpa berlengah, esoknya juga aku buat operasi membaja semua pokok-pokok yang menghuni di laman depan, belakang rumah serta luar pintu pagar kami. Seminggu selepas operasi tu, alhamdulillah... semua pokok-pokok menunjukkan perkembangan yang positif. Terutama sekali pokok-pokok air, & yang paling jelas aku nampak berbeza dari seminggu sebelumnya ialah pokok Melati Air (Mexican Sword -Plant).


Sebelum ni pun memang selalu aku baja pokok-pokok ni, tapi kesannya tidaklah setara kali ni. Ada 5 pasu Melati Air yang menghuni laman rumah aku. Semuanya bertambah gemuk, hijau dan ditumbuhi banyak pucuk-pucuk muda & putik-putik bunga baru...

Selain kesan baja, mungkin juga ianya sebahagian kesan cuaca yang mula berubah sejak seminggu dua kebelakangan ni... Hujan lewat petang & awal pagi dapat jugak sedikit-sebanyak menyejukkan suhu & kelembapan persekitaran yang lebih sesuai untuk pokok-pokok ni...
-


Untuk menyerlahkan lagi kewujudan koleksi Melati Air yang semakin subur ni di laman rumah, aku sediakan beberapa tiang untuk ditenggekkan pasu-pasu pokok ni... melati air memang lebih menyerlah bila pasunya diletakkankan di tempat tinggi disebabkan tangkai bunga-bunganya yang panjang & berjuntai di sekeliling pasu... cuma susun lebihan batu bata & batu pemijak yang aku sorok di setor belakang rumah... yang penting tanpa kos, laman rumah nampak lebih kemas & pokok-pokok ni nampak cantik serta menyerlah...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Klik je...!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...