Klik je...!!!

Rabu, 31 Mac 2010

Wakaf Istirehat... siri 4


Alhamdulillah, setakat hari ini hampir 65% binaan wakaf telah aku siapkan. Hari bekerja ni biasanya aku tak punya banyak masa. Maklumlah, orang berkeluarga. Sebahagian masa perlulah diperuntukkan untuk isteri & anak-anak. Bila terlalu sibuk tu kadang-kadang sampai takde masa untuk membelek & membelai pokok-pokok di laman rumah & ada masanya, siram pokok pun tak sempat. Sedar-sedar je pokok dah layu.

Aku paling risau kalau terpaksa meninggalkan rumah untuk jangkamasa yang panjang. Kalau orangtua dulu-dulu kita biasa dengar mereka risau tinggalkan kampung halaman lama-lama sebab teringatkan ayam itik yang tak diberi makan, tapi sekarang ni aku pulak risaukan pokok-pokok bunga yang tak bersiram... Nasib baiklah jiran-jiran kami ni jenis prihatin. Biasanya kami akan minta jasa baik jiran untuk melihat rumah & menyiram pokok serta memberi makan ikan jika balik ke kampung... Tapi masalahnya kalau cuti hari raya, semuanya akan pulang ke kampung... harapkan hujan jelah...


Ok, berbalik pada projek wakaf aku... semua kepingan atap genting aku dah susunkan. Bila dah siap disusun baru aku perasan sedikit masalah yang timbul pada bahagian bumbung ni. Aku buat bumbung ala-ala dua layer. Kiranya macam ada laluan anginlah di bahagian tengah. Masalah yang jelas ialah jarak ketinggian yang terlalu hampir antara layer atas & bawah. Puncanya mungkin disebabkan ketebalan atap genting yang aku gunakan. Sebab kalau ikut plan asal, aku nak gunakan atap onduline yang bentuknya serupa asbestos, lebih ringan & nipis. So, adalah sedikit perubahan akan berlaku pada rupa sebenar berbanding rupa asal yang aku dah plan awal-awal... Takpe, pengalaman & pelajaran baru untuk aku...

Buat masa ni aku tengah fikirkan jalan penyelesaiannya. yang penting wakaf ni siap dengan kemas, selesa & selamat...

1 ulasan:

  1. assalamualaikum..saudara....
    tahniah kerana telah DIY wakaf sendiri simple dan kemas...juga menarik..

    saya juga minat DIY ni...setakat ni..saya dah berjaya siapkan kolam ikan...kecik dgn pergola kat atsnya dan pangkin di sisinya...keseluruhan masa sy ambil dekat setahun juga...maklum la..partime...tambh pulak dgn aktiviti lain....juga kekangan alam lg...hahahaha..

    tujuan saya cuma satu je....boleh dak saudara bagi saya design wakaf sedara tu...teringin gak saya nak DIY wakaf pulak (mmg plan nk buat..tp..mcm ssh pulak....rse mcm nak beli je sebiji...mahal la pulak)...
    kalau dapat sedara detailkan semuanya sekali saya amat lah berterima kasih....
    sekian..wassalam...ahmadi

    BalasPadam

Klik je...!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...