Minggu ni aku ada buat satu projek. nak kata besar takdelah, tapi boleh tahan mencabar... Buat wakaf di laman rumah. wakaf ni aku buat untuk menggantikan pergola yang berusia hampir 3 tahun. Kali ni aku ambil masa lama sikit, maklumlah walaupun bukan arkitek, tapi sekurang-kurangnya nak buat binaan yang kira besar dan melibatkan keselamatan ni, kenalah ada pelan. Untuk siapkan pelan je aku dah habiskan seminggu, peralatan & bahan mentah. memang rumit & perlu dibuat penuh ketelitian supaya dapat disiapkan dengan sempurna, kemas, selesa & yang penting selamat untuk aku & keluarga beristirehat nanti...
Untuk siapkan pelan je, aku dah ambil masa lebih kurang seminggu. Saiz tak berapa besar, lebih kurang 4 X 6 kaki je. Bila dihitung bahan mentah yang diperlukan, kosnya boleh tahan jugak sebab aku guna kayu Resak 100%. Tapi masih 1/4 daripada harga wakaf saiz sama yang dijual diluar. kalau ikut saiz yang aku buat ni, anggaran harga kat luar mungkin sekitar RM4 hingga 5 K. jadi, lebih baik aku cuba buat sendiri untuk memahirkan lagi bakat seni pertukangan yang terpendam...
-
Dalam seminggu ni aku cuma dapat selesaikan proses pemotongan kayu-kayu pelbagai saiz mengikut ukuran, selain membuat tapak pengalas untuk tiang-tiang. Biasalah, dua hingga 3 jam je sehari masa yang aku ada untuk penyediaan wakaf ni. InsyaAllah, aku target semuanya selesai dalam tiga minggu. Tapi kalau masih tak sempat pun takde masalah sebab akukan tauke, pekerja & akulah pelanggannya...
-
salam....tuan boleh x sy tgk tuan punya lukisan plan..ingat nak bina sendiri jugak..mmg menarik hasil keje tuan
BalasPadam