Klik je...!!!

Rabu, 7 April 2010

Cuaca Pun Berubah...

Sejak beberapa bulan ni cuaca agak panas & berbahang. Boleh kata sampai ke malamlah memang terasa bahangnya. Bagi tukang kebun tak bertauliah macam aku ni, ada satu perkara yang bagus tentang cuaca panas ni, iaitu sebahagian pokok memang suka berbunga pada musim macam ni, antaranya bunga Kertas... Tapi walau apa pun, kenalah juga disiram sekali-sekala. Pokok bunga Kertas ni memang tak suka dengan tanah yang lembab. Pokok-pokok lain sebaliknya, kena rajin disiram kalau tidak kering atau layu kecuali yang ditanam terus ke tanah.

Satu lagi yang aku perasan, perkara yang bagus tiap kali cuaca panas melampau ni ialah pekerja-pekerja kilang pendingin hawa dapat buat kerja lebih masa disebabkan permintaan yang agak tinggi di pasaran untuk alat penyaman udara ni. Seronoklah tauke-tauke kilang tu... Aku perasan, ramai jugak jiran sekeliling yang mula memasang alat ni untuk mengurangkan bahang dalam rumah terutama waktu malam... Oh, ada satu lagi, siaran astro pun tak terganggu. Biasanya Astro kat kawasan rumah aku pantang hujan turun walaupun tak lebat gerenti hilang signal astro tu... sensitif...

Buat masa ni, aku tak penah terfikir nak pasang alat ni. Biasalah, nak jimatkan elektrik. Mungkin satu hari nanti kalau aku mampu bolehlah... satu cara lama yang aku guna untuk kurangkan rasa bahang di sekeliling rumah ialah memenuhi setiap ruang yang ada dengan pokok-pokok hiasan laman... cuma dalam rumah taklah berapa sesuai... Tapi sekurang-kurangnya bahagian bilik tidur utama, ruang rehat & ruang tamu tidaklah terasa sangat bahangnya sebab kedudukannya di bahagian hadapan yang hampir dengan laman yang penuh dengan pokok-pokok... kebetulan pulak matahari petang & terbenam di bahagian belakang... patutlah orang dulu-dulu bina/cari rumah yang pintu depannya biar menghadap matahari pagi/terbit... mungkin itu antara sebabnya...
-
Kalau ikut ramalan cuaca awal tahun ni, cuaca panas dijangka berlarutan sampai bulan Mac... sekarang ni dah masuk April, nampaknya ramalan tu bukanlah tak betul, cuma kurang tepat... Dalam seminggu ni, hujan dah mula turun awal pagi atau lewat petang. Kadang-kadang lebat betul.. So, biasanya kalau hujan dah turun, senanglah kerja aku kat rumah, tak payah siram pokok kecuali di kawasan berbumbung... bahang dalam rumah pun dah kurang, tak macam dulu...
-
Sekarang ni, setiap petang & malam kami bersantai di wakaf... :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Klik je...!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...