Klik je...!!!

Isnin, 12 April 2010

Aktiviti Hujung Minggu...

Sejak hampir sebulan lepas, aktiviti hujung minggu kami sekeluarga dah berbeza sikit. Kalau dulu kami sering beriadah di luar kawasan seperti berkelah, cuci mata ke kebun-kebun bunga atau sekurang-kurangnya ke pusat-pusat membeli-belah, tapi kebelakangan ni disebabkan aku sibuk menguruskan 'projek', so penghuni lain pun kenalah jugak beristirehat di rumah je... takpe, jimat sikit...

Bagi menyerikan lagi wakaf istirehat kami yang 95% siap ni, tibalah masa yang sesuai untuk menghias & mengindahkan lagi persekitaran wakaf tu supaya nampak lebih nyaman, redup & mendamaikan... Kebetulan aku pun tengah nak merombak pokok-pokok berpasu yang ada. Dua koleksi kesayangan aku (Melati Air & Jungle bush) aku tugaskan sebagai penyeri di bahagian tangga. Sebelum tu Melati Air Bangkok ni, aku naikkan taraf sikit, tukarkan pasu yang lebih besar, sesuai dengan saiz pokok ni yang semakin gemuk & subur...
-
Inilah dua koleksi laman yang aku tugaskan sebagai penyambut tetamu :)

Untuk menambah lagi keselesaan, aku gantungkan bidai buluh yang aku beli kat Kedai sarawak di Nilai 3. Banyak fungsinya, antaranya mengurangkan sedikit biasan cahaya lampu jalan & lampu rumah jiran yang agak terlalu direct ke arah wakaf pada waktu malam. Selain tu sebagai menghormati jiran sebelah yang sering terpandang kami beristirehat/menjamu selera & nak wujudkan sedikit susana privacy... bidai buluh ni harganya agak berpatutan berbanding bidai yang aku beli tiga tahun lepas kat tempat lain...

Sempat juga aku kemaskan sikit pokok Kockiana yang sedang berjuang memanjat tiang wakaf ni... memang rajin berbunga...


Mengikut pengalaman aku, Bauhinia Kockiana ni lebih sesuai ditanam terus ke tanah. Tapi ada juga yang aku tanamkan di pasu & tetap rajin berbunga, cuma pokok tu nampak kurang sihat sikit.. nak cantik lagi kena pastikan cukup cahaya matahari...
Ini bunga Melati Air yang biasa, memang tak putus-putus berbunga... Hanya dihujung minggulah kami berpeluang melihat bunganya, kerana bunga ini berkembang hanya selepas terbit matahari hinggalah tengahari...


3 ulasan:

  1. Saya biasa tanam pokok Bunga Melati Air...seronok lihat pertumbuhannya...tapi kemudian diserang penyakit putih (bena) tak tau nak control langsung buang.

    BalasPadam
  2. Bunga dalam gambar ni Melati Air Bangkok atau yang biasa. Rasanya yang biasa. Dari mana dapat pokok tu...ia pun letak dalam air juga ye?

    BalasPadam
  3. Ada makcik kat satu nursery tu pesan, kalau nak tanam pokok air, tanah yang terbaik ialah tanah merah ataupun tanah bukit yang tak tercemar. Kalau nak membuang penyakit pulak, dia syor racun serangga yang biasa. Dulu-dulu memang guna racun serangga tapi sekarang guna racun organik yang lebih selamat. Tapi kesannya kurang sikit. Penyakit tanaman ni memang susah nak kawal kekadang sampai terpaksa mencuci daun & batang pokok yang diserang tu satu persatu... & ada satu masa tu sampai terpaksa buang semua daun yang ada... Bila dah teruk sangat tu, korban jelah...

    Bunga Melati Air dalam gambar tu memang spesis biasa, tapi gred no. 2. Ada satu lagi spesis yang daun & tangkainya lebih nipis & lembut. Yang tu dah disedekahkan pada jiran untuk hias kolam ikan - berkenan katanya... Bunga spesis Bangkok tu belum berkembang lagi...

    BalasPadam

Klik je...!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...