Klik je...!!!

Isnin, 19 April 2010

Koleksi Kesayangan...


Dalam seminggu dua ni, aku masih berada dalam 'tempoh bertenang'... Nak kata tak produktif taklah jugak. Sekurang-kurang dapat juga aku gunakan masa yang terluang untuk menikmati sepenuhnya 'infrastruktur' laman yang tersedia setelah berpenat lelah menyiapkannya. Selain bersantai atau beristirehat di laman sendiri, aku & isteri sempat membuat riadah mata, menguji kreativiti mencari & merakam sudut terbaik untuk panorama laman kami ni... Tak sangka pulak isteri aku ni dalam diam memang berbakat...
Untuk coretan kali, aku cuba ketengahkan sebahagian hasil kreativiti seni fotografinya... Bolehlah tahan...
-
Ini koleksi bunga kertas terbaru miliknya yang dibeli tiga minggu lepas. Warna aiskrim katanya...
-
Ini spesis Akar Dani yang kami beli di Bangi lebih sebulan lepas. Semakin subur...
-
Masa kami beli, anak pokok ni tingginya lebih kurang sekaki & baru mengeluarkan kuntum-kuntum kecil di beberapa pucuknya... Sekarang tingginya lebih 3 kaki & semakin lebat berbunga. Selain warna merahnya yang menceriakan suasana, bunganya juga membekalkan keharuman yang semerbak sewaktu kami beristirehat di wakaf...
-
Antara koleksi ros di laman kami. Ros ni juga dibeli di Karnival Landskap di Bangi. Menjadi tatapannya setiap hari sebab, inilah koleksi kesayangannya...
-

Semua gambar-gambar bunga yang dipaparkan kali ni adalah koleksi bunga kesayangannya selain kockiana & kesidang... Dua pokok kesidang yang sebelum ni kami tanam untuk melilit tiang pergola telah 'selamat' dicantas sebab macam tak sesuai untuk wakaf. Yang tinggal sekarang cuma anak kesidang di dalam pasu...

4 ulasan:

  1. Pokok Akar Dani macamana ye...

    BalasPadam
  2. Pokok Akar Dani atau Rangoon Creeper ni ialah pokok memanjat. Bagi mereka yang berkecimpung dengan seni hiasan taman, pokok ini biasanya menjadi pilihan utama untuk digandingkan bersama pergola atau wakaf. Mungkin disebabkan kerimbunan & sifatnya yang berbunga sepanjang masa..

    Ada juga yang mengatakan biji bungannya boleh dijadikan bahan perubatan...

    Untuk maklumat lanjut sila layari pautan berikut... http://ms.wikipedia.org/wiki/Pokok_Akar_Dani

    BalasPadam
  3. Cantiknya ros jingga tu... mesti banyak koleksi ros isteri.. :)

    BalasPadam
  4. Pokok bunga Akar Dani tu memang cantik...tinggal lagi bunganya yang luruh tu akan tinggalkan kesan kat lantai.

    BalasPadam

Klik je...!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...