Klik je...!!!

Selasa, 29 Jun 2010

Durian Dah Gugur...

-
Alhamdulillah... Musim silih berganti, macam cuaca juga... hari tu, musim cuti sekolah, orang ramai sibuk bawak anak-anak bercuti.. yang peliknya, bukan je budak sekolah bercuti, orang-orang yang anaknya belum bersekolah pun sibuk cuti jugak... yang paling pelik, yang belum ada anak & belum kahwin pun sama-sama nak bercuti panjang... besarnya impact cuti sekolah ni ye, belum cuti hujung tahun lagi.... mungkin diorang nak sama-sama balik ke kampung sebab dapat berkumpul dengan adik-beradik & anak buah yang sedang bercuti...
-
Ni gambar Nur Jihan bersama durian yang dikutipnya masa musim durian tahun lepas, seronok betul dia..

Sekarang ni musim bola... & aku nak ingatkan kat semua, selain dari musim bola, sekarang jugak adalah musim durian.... Baru je ibu kesayangan aku telefon dari kampung bagitau durian dah gugur... tempat lain aku tak pasti, tapi kampung aku kat Johor ni memang dah start musim durian gugur... teringat anak-anak aku... kalau suruh nyanyi lagu Ibu, confirm dia nyanyi lagu Wali Band - Ibu-ibu bapa-bapak..... kali ni kalau aku suruh nyanyi lagu durian, mungkin diorang nyanyi lagu yang sama jugak... Kami tak balik kampung masa cuti sekolah hari tu sebab tak sanggup menempuhi kesesakan. Kebetulan pulak memang banyak urusan lain perlu diselesaikan... Insyaallah... Macam tahun lepas, musim durian kali kami akan balik ke Johor untuk menikmati durian kampung ni secara live-terus dari dusun... biasanya musim durian ni serentak dengan musim manggis, rambai & rambutan... seronoklah anak-anak...

-

Hafiy pun dapat sebijik durian...

Kalau diikutkan, setakat nak makan durian atau manggis, kat sini pun bersepah gerai yang jual.. bukan mahal pun berbanding kos minyak & tol untuk balik ke Johor... Cuma, mungkin kita takkan dapat feel & harga kepuasan menikmati buah dari dusun sendiri, dari pokok yang ditanam, disiram & dibaja dengan tangan sendiri selain melihat keseronokan anak-anak balik ke kampung atuk & neneknya... - untuk makluman, aku memang ada share pada sebahagian pokok durian kat kampung tu sebab mak aku kata masa kecik-kecik aku yang selalu siram pokok-pokok durian tu masa baru tanam dulu... :) aku pun tak ingat... dah lebih 30 tahun.. Yang aku ingat, setiap dari kami adik beradik masa kecik-kecik dulu memang ada pokok durian sendiri.. & yang lebih pasti, pokok durian yang aku 'cop' sebagai aku punya tu dah lama mati & tumbang hampir 20 tahun lepas... hehehehe.. :)
-

Manggis ni kalau nak makan kita kena panjat & kait, budak-budaklah yang seronok sebab tunggu bawah ngan ibunya kutip buah masuk bakul sambil tu boleh masuk mulut & terus ke perut..

Satu lagi sebab yang kuat untuk aku baik ke kampung musim durian ni ialah isteri aku berselera betul makan durian sekarang ni... sejak berisi, dah tiga empat kali beli durian. Tapi aku memang tak galakkan sangat sebab takut panas... Setakat 'rasa-rasa' je ok lah... Sebenarnya, Ada juga kisah aku & isteri yang boleh dikaitkan dengan durian ni sejak belum kahwin lagi... Pemberian pertama aku masa mula nak kenal dulu, aku bawakkan durian dari kampung. Memandangkan dia duduk dengan kawan-kawan, aku pun berikan durian yang comel-comel je supaya senang untuk dibukak bila nak makan.... sampai sekarang kalau beli durian pun, gerenti dia pilih durian yang comel-comel je... mungkin nostalgia durian comel dulu-dulu tu masih segar dalam ingatannya... :)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Klik je...!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...