Klik je...!!!

Isnin, 14 Jun 2010

Bermandi Cahaya di i-city


Minggu lepas kami sekeluarga ke i-city di Shah Alam. Misi utama, menyaksikan sendiri keindahan malam yang diterangi pokok-pokok bercahaya di i-city, misi sampingan-makan tauhu bakar di satu lokasi yang dirahsiakan.. Bolehlah tahan.. Sebenarnya sejak sebulan lepas lagi isteri aku ni yang teringin sangat nak tengok kecanggihan i-city ni... cuma tak berkesempatan.. Takdelah canggih mana pun, cuma mungkin susah nak dapat suasana terang benderang serta kemeriahan waktu malam kat sini di tempat lain.. satu idea yang hebat bagi menarik pelancong atau orang ramai untuk berkunjung ke situ...


Masalah utamanya adalah masa yang kami pilih untuk ke sana tu, tak tahulah samada kebetulan atau memang sepanjang masa hujung minggu, i-city ni dikunjungi oleh ribuan manusia yang mungkin kalau di perhati dari kamera satelit kat angkasa lepas tak ubah macam segerombolan semut-semut yang menuju ke satu arah yang sama... penat jugak kaki sebab guna kereta manual... bayangkan dari jalan masuk hinggalah ke tempat parking yang disediakan ambil masa lebih kurang 45 minit. Takpelah, yang penting anak-anak kami seronok tengok cahaya-cahaya lampu dari pokok-pokok buatan ni... & sekurang-kurangnya terlepas tanggungjawab aku memenuhi keinginan isteri yang memang sejak sebulan lepas nak ke i-city ni..
-
Seronok anak-anak sebab sebelum ni cuma dapat nyanyi je lagu bintang kecil, tapi malam tu diorang dapat menyanyi sambil memetik bintang-bintang tu, & yang paling seronok tentulah puteri kami sorang ni, dapat pakai telinga mickey mouse yang bercahaya & tak habis-habis berposing suruh tangkap gambar...


-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Klik je...!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...