Klik je...!!!

Isnin, 28 Februari 2011

Jom Berkelah...


Aktiviti hujung minggu ini kami pergi Pantai Bagan Lalang... Biasalah, berkelah...Sebenarnya berkelah ke Bagan Lalang ni memang rutin kami sekurang-kurangnya sekali sebulan... Tapi sejak ada baby Zair, inilah kali pertama kami ke sini setelah hampir lima bulan... Sejak setahun dua kebelakangan ni, setiap kali datang, tempat ni makin nampak berbeza... Pengunjung pun semakin ramai... Jalan dua hala dah jadi sehala... Gold Coast Sepang pun macam dah siap sepenuhnya... tak kisahlah, yang penting kami sekeluarga dapat enjoy kat sini...

Masing-masing dengan peralatan sendiri...

Jihan & Hafiy le yang paling seronok... Macam biasa, jejak je kaki kat pantai, terus je cari pasir... memang itulah rutin diorang bila sampai tempat ni sejak dulu lagi... Nasib baiklah Zair Iman tu baru dua bulan, kalau dua tahun, mungkin dia join sekali...
-
"Kalaulah setiap minggu ibu ngan abah ajak kitorang gi picnic kat sini, alangkah bahagianya hidup kami... tiap-tiap minggu jugaklah kita dapat makan KFC, betul tak Hafiy...?" -"Betul betul betul..."
-
"Ada ke patut...! Makan KFC tak ajak kita.. tau le, kita takde gigi nak kunyah... Takpe.. takpe... tunggulah kita beso sikit nanti...."

Atas permintaan & anak-anak, sempatlah kami 'menapau' KFC yang dibeli di Pekan Sungai Pelek.... Jihan ni memang pantang nampak KFC, mesti nak cheezel wedgesnya... Hafiy pulak tak tentu, kadang nak ayam, kadang wedges jugak, tapi kali ni mintak nugget pulak.. takpe beli je, yang penting diorang makan...


Bukan main seronok Zair dapat berbaring sambil dibelai bayu laut Pantai Bagan Lalang ni.... Mana taknye, tengoklah tu, Dalam ramai-ramai pengunjung yang ada kat pantai ni, dia sorang je ada tempat baring special macam tu...

Kali pertama Zair Iman ke Pantai ni nampak ok je.. seronok... maklumlah tepi pantai kan kawasan berangin... Tengahari pun tak terasa panas.... Walaupun tak dapat mandi macam abang & kakaknya, yang penting Zair pun nampak happy sepanjang dok situ... Insyaallah, ada kelapangan nanti, pasti kami datang lagi ke pantai yang banyak meninggalkan nostalgia buat kami suami isteri...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Klik je...!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...