Klik je...!!!

Selasa, 15 Februari 2011

Pecah & Tampal...

Inilah satu-satunya 'kerja rumah' yang aku rasa paling jimat... Tapi, walaupun kos tak lebih RM3, & nampak (macam) senang, kerja tampal-menampal ni sangat memerlukan kesabaran & ketelitian... :) Disebabkan proses menyiapkannya melibatkan penggunaan bancuhan simen & di kawasan terbuka, dah tentu cuaca yang sesuai ialah diluar waktu hujan... Masa diperuntukkan pula bergantung kepada luas permukaan yang nak kita tampalkan tu selain kemahiran & kelajuan cara kita bekerja... Aku sendiri terpaksa habiskan dua hari untuk siapkan dinding tepi dek kolam ikan ni... Iyelah, sehari untuk kerja-kerja menampal, sehari lagi buat finishing bagi lagi kemas dan licin...



Bahan mentah & peralatan pun tak susah. Bahan utama aku gunakan lebihan potongan & pecahan tiles yang memang confirm akan dibuang... Bahan penting lain dah tentu simen. Tak kisahlah simen gam atau biasa, aku guna je mana yang ada masa tu, takdelah nak membeli-beli lagi kat hardware... nak jimatlah katakan... Untuk peralatan lagi senang, hammer je... yang ni untuk kerja-kerja memecahkan & menghancurkan lagi sisa tiles tadi yang mungkin perlu dikecilkan mengikut saiz pilihan kita... satu lagi kalau dapat, sebaik-baiknya gunalah sarung tangan yang sesuai. Untuk kerja-kerja yang melibatkan simen ni, kenalah berhati-hati, utamakan keselamatan & kesihatan.. elakkan menghidu habuk simen yang mungkin berterbangan. Elakkan juga sentuhan secara langsung kulit tangan dengan simen atau bancuhannya... kulit boleh mengelupas... Berhati-hati jugak dengan serpihan tiles yang kita pecahkan tu, kerana setiap sisi & bucunya sangat tajam...


Proses penyediaan, sangat mudah... lepas kita pecah & bentukkan serpihan tiles tadi, sapukan sedikit bancuhan simen dibelakangnya, kemudian lekatkan ke bahagian dinding tu... & ketuk sikit dengan hammer supaya ia melekat betul... & begitulah seteruya... Untuk mendapatkan rekaan susunatur serpihan tiles yang menarik, susunlah ikut suka hati kita... Takde sesiapa yang boleh menghalangnya kecuali hujan... ok.. Lepas siap disusun semua permukaan, buat satu lagi bancuhan simen yang sedikit cair untuk dimasukkan di setiap ruang celahan yang ada supaya permukaan tampalan tadi menjadi rata & mudah untuk dilicinkan nanti...


Untuk finishing, lakukan selepas simen telah kering... gunakan grinder untuk melenyapkan segala bentuk ketajaman yang ada yang mungkinboleh menyebabkan luka atau kecederaan yang tidak kita jangka... memanglah takkan ada sape yang akan menyapukan tangannya meleret ke permukaan tampalan tu, tapi eloklah kita mencegah sebelum ianya berlaku...

Ok, semudah itu... macam senang.. Tapi kena 'telaten'...


3 ulasan:

  1. Cantik & kreatif..saya juga meminati seni DIY ni...,nak tanya sikit ler?...kemasan(varnis) jenis apa yang saudara gunakan untuk outdoor punya kayu sebab saya lihat nampak natural la...-azar

    BalasPadam
  2. Untuk kayu, saya cuma gunakan cat kemasan kayu jenis Nippon. Kalau pergi kat hardware tertentu yang mengedar cat nippon ni, bolehlah tengok katalog untuk pilih warnanya...

    BalasPadam
  3. Website paling ternama dan paling terpercaya di Asia
    Sistem pelayanan 24 Jam Non-Stop bersama dengan CS Berpengalaman respon tercepat
    Memiliki 9 Jenis game yang sangat digemari oleh seluruh peminat poker / domino
    Link Alternatif :
    www.arenakartu.cc
    100% Memuaskan ^-^

    BalasPadam

Klik je...!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...