Gambar famili yang sempat dirakam sepanjang kunjungan kami ke Fiesta Belon Udara Panas Antarabangsa Putrajaya 2011... Kerana merasakan ketinggian anak-anak menjadi penghalang untuk kami melayakkan diri menjadi pengunjung yang dibenarkan membeli tiket untuk terbang ke ruang angkasa Putrajaya bersama belon panas, jadinya kami tidaklah tergesa-gesa untuk datang awal pagi untuk beratur membeli tiket... Lagipun kalau boleh naik pun aku fikir macamanalah Jihan & Hafiy nak menikmati panorama Putrajaya dari ketinggian yang dinaiki memandang 'bakul' yang membawa penumpang kat belon panas tu tu pun lebih tinggi dari diorang... takpelah, aku dah bagitau kat anak-anak, insya-Allah, dua atau tiga tahun lagi bolehlah aku bawak diorang terbang menaiki belon panas tu... :) nampaknya kena bagi diorang makan kalsium lebih sikitlah... bior cepat tinggi.... hehehe..
-
Apa-apa pun, kami cukup enjoy sepanjang mengunjungi Fiesta Belon Panas kali ketiga ni... insya-Allah, boleh datang lagi ke fiesta ni tahun depan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan