Semenjak anak-anak bersekolah tadika pertengahan Februari, kami cuba-cubalah mengasuh diorang untuk solat berjemaah setiap kali waktu Maghrib... Alhamdulillah, setakat ni kami dapat laksanakannya kecuali sekali dua, kerana kami berada di luar... Selalu terdengar & terbaca kisah keluarga bahagia atau kisah orang-orang di luar sana yang berjaya mendidik & mengasuh anak-anak dengan memulakannya melalui pendidikan awal termasuklah solat berjemaah. Pernah juga aku terbaca, kalau kita nak menghafal atau jadikan sesuatu itu satu rutin, maka cubalah lakukannya 21 satu hari berturut-turut (istiqamah), insyaAllah, hari ke 22 & seterusnya kita dah boleh menghafaz atau melakukannya dengan mudah & hati yang lapang... Kami pun cubalah jadikan 'aktiviti' ni satu rutin supaya anak-anak boleh faham dari awal adanya Allah, tuhan untuk disembah walaupun mereka tidaklah faham sepenuhnya apa & kenapa kita mendirikan solat... Sekurang-kurangnya mereka tahu bahawa hanya sebahagian kecil daripada 24jam masa dalam kehidupan seharian yang diperuntukkan untuk bersolat, bermakna mereka masih lagi mempunyai masa terluang yang banyak untuk membuat perkara lain seperti menyiapkan homework, menonton TV, bermain dsb... Buat masa ni kami hanya jadikan rutin ini untuk waktu maghrib...
Semalam aku menegur Hafiy kerana bermain ketika solat. Bukan main apa pun, sekadar melayan adiknya (Zair) yang kami letakkan disebelahnya setiap kali solat berjemaah... Selesai solat, aku tegur "Hafiy, kalau Hafiy ikut abah sembahyang betul-betul, takde main-main... nanti Tuhan sayang, abah sayang, ibu sayang..." dengan muka monyok, di jawab "Hafiy... Hafiy tak nampak tuhan pun..." aku & isteri tersenyum & saling memandang... Ibunya balas "Hafiy, Tuhan ada, tapi kita tak boleh nampak... kalau Hafiy ikut abah sembahyang, Dia nampak kita, Dia sayang Hafiy.." Hafiy pun ngangguk & senyum....
Hari ni dia ikut kami solat tanpa bermain atau melayan adiknya (Zair) yang sentiasa bersuara di sisinya... :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan