Klik je...!!!

Rabu, 23 Mac 2011

Mengapa Ditumbangkan Gerbang 1Malaysia...?

Sana sini orang bercakap tentang 1Malaysia. Ramai yang menyokong, namun ada jugak segelintir yang memandangnya secara sinis, terpulanglah... Apa juga kempen, slogan atau konsep yang diperkenalkan oleh kerajaan yang memerintah, selagi niat & tujuannya baik untuk kita sebagai warga Malaysia, mengapa perlu ditolak... Konsepnya menjurus ke arah perpaduan, cuma tahap pemahaman & penerimaannya sahaja yang berbeza, terserahlah kepada diri masing-masing... Tajuk kali ni bunyi macam kontrovesi sikit, tapi itulah kenyataan yang boleh dilihat sewaktu Fiesta Belon Panas hari tu... Ini bukan bahasa kiasan, ayat2 sinis atau sindiran tapi ayat terus terang, jelas, nyata & terang benderang... :) sampai anak aku pun tanya "abah! kenapa dia tumbang...?" janganlah suspen atau berkerut dahi, aku bukannya nak berkempen atau memprotes, tapi sekadar memberi pendapat bila terpandang gerbang angin yang memang pun rebah menyembah bumi di satu sudut kat Fiesta Belon panas hati tu...


Gerbang 1Malaysia yang berisi angin ni sama ada ditumbangkan atau tertumbang dan diletakkan di tepi jalan masuk ke satu kawasan gerai2 jualan yang menjadi tumpuan pengunjung. Pelik jugak, gerbang yang se gah itu yang dah tentu dihasilkan dengan kos yang agak tinggi tapi tak digunakan. Tak taulah, mungkin gerbang 1Malaysia tu menyukar atau menyempitkan sedikit laluan masuk ke kawasan gerai2 jualan kat situ atau mungkin juga ada sebab lain, aku tak pasti... yang aku memang pasti, anak aku Hafiy, suka pulak main dengan gerbang ni...



Sebagai warga yang prihatin & sensitif :), dah tentu terdetik di hati untuk membuat pelbagai andaian dengan kejadian yang taklah seteruk mana pun sebenarnya. Cuma, apa pulak reaksi & persepsi orang ramai, pelancong2, wartawan & juga jurugambar2 yang kreatif, kalau terperasan suatu struktur atau elemen yang melibatkan kempen atau slogan yang diperjuangkan oleh kerajaan rebah & terbiar seperti itu… Tak taulah kalau selepas kami beredar dari Fiesta Belon tu, gerbang ni dinaikkan semula… mungkin jugak... tapi seeloknya kalau gerbang tu dirasakan tak sesuai nak dipasang atau didirikan kat kawasan tu, cubalah letakkan di lokasi lain yang lebih sesuai, atau segera lakukan sesuatu untuk mendirikannya semula, atau mungkin jugak jalan terakhir iaitu dibuangkan anginnya & disimpan terus... sekurang-kurangnya tidaklah mencacatkan pemandangan atau mengundang persepsi negatif.... :)


Pernah sekali dulu pokok kemboja aku yang tengah berbunga kat luar pagar tumbang disebabkan hujan lebat & angin kuat.... terus aku tukarkan pasu yang lebih besar biar stabil sikit.. hehehe...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Klik je...!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...