Aku teringin memiliki sebuah rumah yang serba sempurna & lengkap dengan ciri-ciri yang dapat membuatkan penghuninya hidup dengan selesa, tenang dan mendamaikan jiwa. walaupun rumah tak sebesar mana, yang penting bagi aku cukuplah sekadar ianya dilengkapi dengan ruang-ruang yang boleh membuat aku sekeluarga berehat atau bersantai tanpa perlu meninggalkan rumah. Jadi, selain menerapkan unsur-unsur rumah melayu & nusantara, aku cuba pastikan segala 'infrastruktur' asas dapat aku sediakan supaya kami sekeluarga dapat keselesaan secukupnya sehingga merasakan rumah atau teratak yang kami huni ini adalah lokasi terbaik untuk kami... bukan hotel, bukan pusat-pusat peranginan atau percutian, bukan taman permainan, bukan tepi pantai, air terjun dsb.
Bagi memastikan mimpi-mimpi aku ni jadi kenyataan, sedikit demi sedikit perubahan & penambahan aku lakukan seperti menyediakan laman yang penuh dengan pohon menghijau, pergola, kolam ikan, kerusi taman & tak lupa juga buaian kayu. Setiap penambahan yang aku buat semuanya mengikut tema dan material yang serupa supaya konsep asal tidak berubah. Aku memang takde kemahiran dalam senibina atau pertukangan, tapi sedikit pengalaman dalam subjek Seni Perusahaan masa tingkatan 1 dan 2, Kemahiran Hidup masa tingkatan 5 & pengalaman 6 bulan di kilang perabot, aku tak sia-siakan begitu sahaja...

Dengan pengetahuan & peralatan yang serba kekurangan, aku cuba hasilkan satu buaian kayu untuk kami sekeluarga berbuai di laman sendiri. Sekurang-kurangnya puteri & putera kami tak perlu menghabiskan masa & tenaga, selain mempertaruhkan keselamatan untuk bermain buaian di taman permainan. aku rasa itu lebih selamat dan selesa.
inilah hasilnya setelah sehari menghabiskan masa melakar, sehari memotong kayu, sehari menyiap & mengecat dan sehari lagi memasang. Tak sampai seminggu & modalnya pun tak seberapa (kurang dari RM100). Buaian hasil kerja tangan sendiri ni memang tak secantik & sekemas macam buaian yang dijual kat luar tapi sekurang-kurangnya aku merasa puas mempraktikkan ilmu pertukangan aku untuk rumah sendiri... Pada aku yang penting dalam membina struktur-struktur berasaskan kayu ni adalah jenis kayu tu. kalau untuk taman, biasanya gunakanlah jenis kayu tahan cuaca macam cengal, resak & seangkatannya, tapi harga pun boleh tahanlah.. Berbaloi jugak.....
salam,
BalasPadamKenapa saya tak tepikir nak DIY jerr buai cam nihh. Sy nak mintak izin amik idea tuan. Banyak idea yg best2 dalam blog nih.. tq banyak2
Salam,
BalasPadamSaya izinkan, Takde masalah :) Memang tujuan blog saya diwujudkan di alam cyber ni pun untuk berkongsi dengan sesiapa saje yang sudi... apa2 pun, semoga berjaya...
boleh tak saya nak tempah? saya mmg mencari buaian yg macam ni huhu
BalasPadamboleh tak saya nak tempah? saya mmg mencari buaian yg macam ni huhu
BalasPadamSalam.... amat menarik sekali. Saya teringin nak buat tetapi tiada kemahiran. Mohon tanya, boleh saya tempah tetapi ukuran saiz yang kecil.
BalasPadammenarik, sya pun teringin untuk ada buaian mcm ini..
BalasPadamsalam bole saya masih study lg nie..bole ke saya minta ukuran kerusi dan papan di kerusi tu berapa inci atau cm?
BalasPadam