Klik je...!!!

Selasa, 11 Ogos 2009

Berani Berubah... Gaya


Aktiviti perkebunan aku bermula dari tanah sekangkang kera di depan rumah. Kenapa aku kata sekangkang kera? sebabnya ruang tanah yang ada untuk 'diusahakan' cuma tak sampai 10X10 kaki pun. Maka dengan itu aku yang tiada pilihan, terpaksalah mengharapkan jasa baik pasu-pasu untuk memenuhkan laman rumah aku dengan tanaman menghijau yang aku berkenan.


Peringkat awal, aku dan isteri berkenan sangat kat bunga kertas. Kalau tak silap ada lebih lima anak pokok yang aku beli. Ruang tanah yang ada tu aku selimutkan dengan rumput karpet yang aku import khas dari Johor. Longkang di bahagian tepi pagar aku kambuskan tanah & aku tutupkan dengan pokok Kuku Jin yang juga diimport khas dari Johor. Rumput yang aku tanam aku selang selikan dengan batu pemijak segiempat macam dam...


inilah peringkat awal aktiviti kami dalam projek landskap rumah yang tak seberapa ni. sedikit demi sedikit kami gandakan koleksi pokok di laman, sampailah satu ketika rumah kami ni ada iras-iras macam nursery. Kadang-kadang macam hutan simpan mini... sampai masa bila agak-agak jemu, kami rombak susunan & jenis pokok mengikut selera semasa. Begitulah seterusnya selama lebih kurang setahun dua...

6 ulasan:

  1. best...rajin2lah up date selalu.x jemu membaca & melihat gambar2 yg d muatkan.thanks.

    BalasPadam
  2. the best... memang sy kagum sgt2..

    BalasPadam
  3. Salam,

    Tuan, saya berkenan pada pokok buluh dalam gambar kat atas. Boleh kah saya tahu nama jenis pokok buluh tersebut sebab saya mahu cari di nurseri. Harap tuan dapat bagitahu. terima kasih.

    BalasPadam
  4. rumput karpet beli di Johor area mana ya? berapa rm sekaki?

    BalasPadam

Klik je...!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...