Klik je...!!!

Rabu, 12 Ogos 2009

Hadiah Buat Isteri Tersayang... Kabinet Dapur...

Aku dah lama impikan sebuah set kabinet dapur. Masalahnya ruang dapur yang ada kami jadikan ruang rehat keluarga. So, untuk permulaan kami gunakan bilik keempat di belakang sebagai stor dan dapur. Jadi kalau tetamu datang berkunjung, memang nampak pelik sebab takkan nampak atau terjumpa ruang memasak...
Setahun selepas menghuni rumah, setelah dirancang sejak beberapa bulan barulah aku mampu merealisasikan impian untuk menghadiahkan satu set kabinet dapur untuk isteri tersayang. Bukan apa, saje nak bagi selesa & menaikkan mood memasak supaya lebih bersemangat.. Aku cuba design dapur ni mengikut citarasa sendiri & ikut kesesuaian kedudukan ruang & yang penting budget yang tak seberapa. Lagipun, aku plan nak buat satu dapur yang kecil, ringkas & kemas... cute macam tukang masaknya...

Tapi, mendirikan satu set dapur ni tak semudah men'design' dan merancang. Hampir 2 bulan jugak untuk disiapkan.

Ni aku sediakan turutan proses menyiapkannya...
banyak kerja-kerja awalan yang terpaksa diselesaikan. Antaranya penambahan sedikit dinding, kerja-kerja paip dan salur air, pendawaian dan tempahan kabinet yang melibatkan ukuran, material dsb. Peringkat ini pun dah melibatkan kos yang agak 'boleh tahan'... Ini belum masuk pemilihan dan tempahan Hob & Hood dan lampu.

Peringkat seterusnya barulah boleh dipasangkan kabinet-kabinet mengikut tempahan yang dibuat. Bila dah pasang, nampaklah sikit rupa kabinet dapur yang bakal disiapkan.




Akhir sekali, barulah dimasukkan Hob & Hood dapur.... Inilah rupa set kabinet dapur yang aku dirikan khas buat isteri tersayang.... Alhamdulillah, siap pun....


12 ulasan:

  1. sungguh bertuah isteri saudara...:)

    BalasPadam
  2. bestnya...semua boleh buat sendiri.

    BalasPadam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  4. sorry salah taip, tong gas letak kat mana yer ...cantik dapur tu.

    BalasPadam
  5. tong gas? oh, saya letakkan di pintu no 3 dari kiri... bukan betul-betul di bawah hob...

    Terima kasih, dapur ni biasa je.. mungkin dalam gambar je nampak cantik.... lagipun ni gambar masa baru siap...

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum..
    saya memng meluangkan byk masa melihat gaya rumah, pagar, tiang dan dapur saudara, memang cukup berkenan untuk di tiru iaitu pagar depan tu, wow memang cantik. Saya merancang nak membuat homestay, bila tgk pagar dan pintu depan tu berkenan nak buat camtu... dan saya juga sdg mencari/ mengkaji sdkt ttg landscape banglo 1 tgk sy utk di buat homestay.. tp tak tau nak cari siapa buat sementara ni.. bolehkah saudara berikan email saudara utk bertanya sedikit sebanyak ttg perkara ini.. email saya basma.qis@gmail.com Terima kasih krn tlh memberi ilham kpd saya sdkt sebyk...

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum...
    Tahniah sebab berjaya melakukannya dengan kemas.
    Saya juga berminat dalam hal hal menambah elokkan rumah nie...kebanyakkannya saya design sendiri..buat 3D modelling dulu baru realisasikannya...cuma yg menjadi persoalan saya, di mana saudara parking kereta saudara?
    boleh tak cadangkan buku buku mengenai hasil kerja tangan nie semua?

    Salam

    BalasPadam
  8. Salam... tentang parking kereta, tentu sekali bukan di dalam kawasan pagar... takut pasu calar.. :)-Nak bagi ruang yg selesa utk famili bersantai, jadi kereta dok luar je..

    Tentang buku... menarik jugak tu...

    -Tahniah jugak sebab pandai men'design' sendiri utk mencantikkan rumah... 3D modelling lagi tu... -saya setakat 2D bolehlah...

    BalasPadam
  9. alhamdulillah besar pahala encik sbb bina dream house utk family guna keringat sendiri ;)

    BalasPadam
  10. Salam...boleh x encik bgtau saya total harga untuk kabinet ini dan ditempah di mana? saya teringin utk renovate rumah sewa saya dengan menambah kabinet dapur,jadi tak mahu yang mahal2,simple2 n kecik pun memadai...

    BalasPadam
  11. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  12. Tengok pada saiz, dah tahu set kabinet dapur ni memang tak besar mana pun, jadi kosnya taklah besar sangat... Untuk kabinet saje (atas dah bawah), kos keseluruhan lebih kurang RM2000... Itu tak termasuk Hood & Hob, peti ais & sinki... Ini harga hampir enam tahun lepas... harga juga bergantung pada material... Masalahnya, kedai tempat tempah kabinet dapur ni dah berpindah entah ke mana...

    BalasPadam

Klik je...!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...